in

[VIDEO] Bukan Mitos! Profesor Ini Dedah Keris Taming Sari Wujud, Ini Penjelasannya…

Taming Sari Sebenar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keris Taming Sari merupakan salah satu keris yang cukup dikenali dalam ‘Alam Melayu’ dan sejarah. Pada asalnya Taming Sari dikatakan dimiliki oleh seorang pendekar yang disegani di Majapahit sebelum diberikan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah beserta dengan gelaran Laksamana.

Menerusi satu video di TikTok, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad telah menjawab persoalan ramai tentang kewujudan keris Taming Sari.


Kalau korang lakukan pencarian di Youtube, memang banyak video-video Prof Mua’ti ini mengupas tentang peradaban melayu dan salah satu topik yang sering ditanya atau dikupas ialah tentang keris alam Melayu.

Screenshot 2

Untuk pengetahuan, Prof Muati juga merupakan seorang pengkaji keris dan pernah mengeluarkan buku bertajuk Keris Warisan Melayu yang diterbitkan oleh UPM pada tahun 2016.

Video tersebut dipercayai diambil dari video penuh dalam siri Menjulang Peradaban anjuran TDM Berhad di Facebook bertajuk Keris Alam Melayu yang disiarkan secara langsung sekitar Februari lalu.

Menjawab soalan tentang kewujudan atau status sebenar Keris Taming Sari, pada pengamatan dan pemerhatian Prof Muati, beliau ada melihat sebilah keris yang dipanggil ‘Keris Taming Sari’ yang dipamerkan di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar semasa ulangtahun keputeraan Sultan Azlan Shah yang ketika itu merupakan Sultan Perak.

@dahliaatma14 Prof Dato’ Dr Abdul Muati adalah Pengkaji Keris. apa pun,✨terima kasih utk 150k followers ✨?#melayuhistory #fypmalaysia #sejarahmelayu #profdrabdulmuati ♬ original sound – Enigmatic_Atma

“Keris tersebut telah dipamerkan di ruang pameran dan menurut penceritaan penjaga keris berkenaan, keris tersebut telah dibawa bersama rombongan yang pergi untuk mengambil anak Sultan Mahmud untuk dirajakan di Perak”

Difahamkan, ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, Perak belum mempunyai sultan dan sudah menjadi lumrah kriteria untuk mencari seorang pemimpin haruslah berketurunan diRaja.

Rombongan ketika itu difahamkan perlu menyeberangi Selat Melaka untuk ke Kampar (Riau) di Sumatera untuk berjumpa dengan Sultan Mahmud yang merupakan sultan Melaka yang terakhir yang berpindah ke Sumatera selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Menurut penceritaan Prof Muati, Sultan Mahmud telah memperkenan anakandanya iaitu Sultan Muzaffar Shah untuk dirajakan dan menjadi sultan Perak yang pertama dan ketika inilah sebilah keris yang dinamakan Keris Taming Sari telah dibawa bersama sebagai alat kebesaran diRaja selain beberapa alat kebesaran yang lain seperti Pedang Cura Si Manjakini dan lain-lain.

Keris Taming Horz

“Kalau dilihat pada keris tersebut, memang bilahnya itu bilah keris jawa, tetapi tidak dalam pakaian jawa, pakaiannya itu lebih mirip kepada pakaian bugis”

Menceritakan tentang ciri keris yang dipamerkan tersebut, ianya merupakan bilah Jawa tetapi ianya tidak dalam pakaian jawa tetapi lebih kepada Bugis.

Difahamkan hari ini, keris Taming Sari ini merupakan keris kebesaran yang disandang di tangan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan sebenarnya ianya telah menjadi regalia kebesaran Kesultanan Perak sejak tahun 1528. 

Baca : Kisah TS Harussani Zakaria, Mufti Yang Hapuskan Amalan ‘Tabal Jin’ & Mencabar Jin di Istana Perak

Harussani

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.