in

[Video] Bibik Celup Tangan Bayi 16 Bulan Majikan Dalam Periuk Menggelegak Sebab Nak Balik Cepat

Bayi3

Gila! Seorang pembantu rumah berumur 30 tahun tergamak mencederakan bayi yang berumur 16 bulan yang dijaganya.

Lapor Straits Times, insiden ini berlaku pada 14 Januari lepas apabila pembantu rumah tersebut celup tangan bayi itu berulang kali dalam periuk panas yang penuh dengan cecair menggelegak.

 

Menipu tapi kantoi busuk

Fb Img 1579681106071 768X576 2 Fb Img 1579681108077 695X1024 2

Ibu, Amy Low, kongsikan rakaman CCTV yang dipasang dirumahnya, rakaman selama 46 saat itu di Facebook.

Dalam video itu, ia menunjukkan pembantu rumah itu membuat kerja dapur sambil mendokong bayi malang itu, dia memasukkan tangan bayi tersebut dan boleh dengar jeritan kesakitan.

Pembantu rumah tersebut telah ditahan pada 15 Januari lalu di rumah majikan di Singapura. Seriau tengok tangan bayi tu melecur

Badan saya menggeletar bila tengok rakan tu, sejak dari kejadian itu anak saya menangis tak berhenti, sebab umurnya terlalu mentah untuk bercakap jadi kami tak pasti samada dia trauma ataupun masih sakit lagi” – Amy Low

Kata ibunya lagi, anaknya lagi seorang yang berumur 8 tahun menjelaskan yang pembantu rumah mengatakan kepadanya yang bayi tersebut tersentuh periuk panas tanpa sengaja.

Tapi helahnya terbongkar lepas majikan melihat rakaman tersebut, pembantu rumah itu menjelaskan yang dia sengaja buat perkara sedemikian sebab dia nak balik rumah.

Fb Img 1579681111753 768X1024 2

Fb Img 1579681109879 635X1024 2

Amy terus menghubungi polis dan menahan pembantu rumah tersebut, kini dia sedang disisiat kerana sengaja mencederakan dan mendatangkan bahaya kepada bayi tersebut.

Alahai, kita yang dewasa ni pun kalau terkena air panas nak menggelitat satu badan apatah lagi bayi tu.

 

Video

 

Baca : Pengasuh Dera Bayi 14 Bulan Sampai Sawan Sebab Ibu Bapa Lewat Bayar Upah

Dera