in

[VIDEO] Bapa Selamba Tunjuk Anak 3 Tahun Macam Mana Masukkan Peluru Dalam Pistol

Ajar Anak Letak Peluru
Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Bapa Selamba Tunjuk Anak 3 Tahun Macam Mana Masukkan Peluru Dalam Pistol
Loading
/

Satu video viral menunjukkan seorang kanak-kanak diajar bagaimana cara untuk memasukkan peluru ke dalam pistol jenis revolver mendapat perhatian pihak berkuasa.

Revolver
gambar hiasan

Menurut The Star, kejadian itu berlaku di India dan kanak-kanak yang berusia 3 tahun terbabit diajar sendiri oleh bapanya. Pihak berkuasa dilaporkan menjalankan siasatan pada 12 Julai lepas dan mereka mendapati lelaki tersebut menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak miskin di barat Maharashtra.

Dalam video viral tu kanak-kanak lelaki itu dilihat duduk atas riba bapanya yang sedang memegang revolver dan laras pistol tersebut menghalanya. Kanak-kanak itu juga dilihat memegang sebutir peluru dan kemudian bagi pada bapa dia sebelum lelaki itu menunjukkan bagaimana cara masukkan peluru ke dalam pistol.

Peluru3

Lepas tu, dia berikan sebutir peluru sebelum anak lelakinya itu memasukkan sendiri ke dalam pistol yang dipegang dan dia didengari bersorak kerana kanak-kanak itu berjaya.

Yayyyy!!!”

Dia kemudian menunjukkan macam mana cara nak tutup balik tempat letak peluru tu dan aktifkan pistol terbabit sebelum menghulurkan pada anaknya.

Peluru2

Memang nampak sangat membahayakan sebab laras pistol tu menghala pada anaknya dan difahamkan apabila disoal pihak polis lelaki itu menjawab,

Anak saya ingin tahu…”

Bagaimanapun, menurut Inspektor B. Pandhare, lelaki itu mempunyai lesen pistol dan telah menghantar dokumen berkaitan kepada pihak mereka.

Namun, ramai netizen mengecam tindakan dia sebab ajar anak seawal usia tu benda yang tidak sepatutnya. Sedangkan dia sepatutnya baru mula nak belajar mengeja, mengira dan sebagainya.

Tonton video di bawah:

Baca: “Tourist China pengotor” – Ibu Selamba Badak Suruh Berak, Biarkan Najis Anak Bersepah Kat Depan Mall Di Sabah

China6