in

Video Awek Kastam Terlampau: Bekas Kekasih Ditangkap Kerana Disyaki Terlibat Dalam Penyebaran Video?

Kastam Apakah Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak lama dulu, viral video tidak senonoh seorang anggota kastam wanita di media sosial yang mendapat cemuhan netizen ramai.


Video tersebut kemudian mendapat perhatian Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang kemudian memaklumkan bahawa video tersebut telah dirakam pada tahun lalu tetapi viral semula lepas disebarkan oleh pihak tak bertanggungjawab. 

Kastam Viral Video Scandal
sumber: blog

 

Bekas teman lelaki awek kastam ditahan??

Pun begitu, polis akhirnya telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit sebar video lucah wanita tersebut, semalam, lapor Harian Metro.

Suspek juga yang dipercayai bekas teman lelaki kepada wanita tersebut telah ditahan di rumahnya dekat Telok Panglima Garang, Kuala Langat sekitar jam 6.30 petang.

Ketua Polis KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah telah mengesahkan tangkapan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.

Mm1810Sc01
sumber: malay mail

Tangkapan tu juga dibuat susulan daripada laporan polis yang buat mangsa lepas dapati video aksi tak senonohnya itu tersebar di Instagram.

“Semalam polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun berdasarkan aduan daripada mangsa.

“Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung pembabitan suspek terhadap penyebaran video berkenaan di media sosial,” katanya.

Harap kes ini menemui jalan penyelesaiannya… 

Baca: “Kalau dpt memang I rogol” – Gadis Lain Pula Kantoikan ‘Sekretariat SUKMA’ Hantar Mesej Lucah Dekat IG

Rog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.