in

Video Anjing Lari 3KM Ikuti Perarakan Pengebumian Ini Pasti Menyentuh Hati Anda

Page2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Video Anjing Lari 3KM Ikuti Perarakan Pengebumian Ini Pasti Menyentuh Hati Anda
Loading
/

Haiwan merupakan ciptaan Tuhan yang mempunyai sifat setia. Anjing adalah antara haiwan yang paling sering kita dengar cerita sedih tentang kesetiaan mereka.


Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Leong Khai Wai memuat naik status berserta gambar dan video mengenai seekor anjing yang pasti menyentuh hati anda semua.

Status yang dimuat naik pada 3 Mac lalu dimulakan dengan Leong memuji haiwan itu sebagai anjing yang paling menakjubkan dan setia pernah dijumpai di Kampung Air Jernih, Terengganu.

A5
sumber: leong khai wai

Pemilik anjing berkenaan difahamkan telah mati dan ketika seluruh keluarga mahu berangkat pergi untuk mengebumikan mayat, anjing itu dikatakan ingin mengikuti mereka.

Malah, anjing jantan itu mengikuti perarakan pengebumian sejauh 3 kilometer sebelum sampai ke tanah perkuburan.

A 1
sumber: leong khai wai

Di dalam video yang dimuat naik itu, anjing berkenaan dilihat berlari sepanjang jalan mengejar kereta yang membawa mayat tuannya itu.. Meskipun secara fizikalnya, anjing tersebut dilihat seperti sudah berusia dan tidak mampu untuk berlari sejauh itu namun, kesetiaan seekor anjing dan perasaan sayang terhadap kawan baiknya menandingi segalanya.

Lebih menyedihkan lagi, sebaik sahaja sampai di tanah perkuburan, anjing itu berkeras untuk berada bersama dan terus baring di atas tanah untuk berada di sisi pemilik yang disayangi itu. Sedihnya 🙁

[sociallocker id=1666]

A3
sumber: leong khai wai
A1
sumber: leong khai wai

Video yang lain turut menunjukkan anjing berkenaan duduk di atas timbunan tanah bersebelahan dengan kubur yang akan menempatkan pemiliknya itu.

Apabila keranda ditempatkan di dalam lubang, anjing itu bangun dan menghidu bau timbunan tanah tersebut sebelum duduk semula dan rapat dengan keranda. Mesti dia bau tuan dia.

A4
sumber: leong khai wai
A2
sumber: leong khai wai

Netizen yang membaca status berkenaan menyatakan rasa sedih mereka dan ada juga yang mempertikaikan tindakan Leong serta yang lain kerana tidak membawa anjing itu bersama menaiki kereta.

Awak patut tumpangkan anjing itu bukan hanya merakamkan video dan memuat naik di media sosial,” komen seorang netizen.

Awak biar anjing itu berlari sejauh 3km dan hanya merakamkan video? Menakjubkan?” komen seorang lagi.

[/sociallocker]

Apa pun yang berlaku, kesetiaan anjing ini sangat menyentuh hati dan membuka mata bahawa haiwan adalah ciptaan Tuhan yang juga mempunyai perasaan. Mereka tahu erti sayang dan setia kepada manusia. Hentikanlah penderaan terhadap haiwan.

Tonton video menyedihkan itu di bawah ini:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.