in

[VIDEO] Abang Tesla Bawa Kedua-dua Isteri Keluar Makan Sambil Suap Menyuap, Sweet!

Ft Abang Tesla Bawa Dua Dua Bini Makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun bermacam-macam jenis kecaman dilemparkan kerana tindakan dan kenyataannya itu, ia seperti tidak membuatkan Abang Tesla terkesan. Daripada perkongsian video pujuk isteri, sampai kenyataan yang membuatkan orang ramai marah pasal kahwin baru lagi kalau susah dapat anak, Abang Tesla sekali lagi mendapat perhatian netizen di TikTok.


Bagaimanapun, sepanjang Abang Tesla ni dah kahwin, tak pernah tengok kelibat dan rupa isteri keduanya itu, bahkan tak ada video Abang Tesla keluar dengan isteri kedua, yang ada cuma isteri pertama sahaja.

Artikel Berkaitan : “Jangan putar belit” – Achey Tak Setuju Kenyataan Abang Tesla Tentang Anak Angkat

Artikel Berkaitan : Pernah Buat IVF, Abang Tesla Nafi Zuriat Jadi Alasan Untuk Kahwin Dua

Oleh itu, baru-baru ini, satu video di TikTok tular menunjukkan Abang Tesla membawa kedua-dua isterinya makan di luar dan dilihat mereka bertiga begitu sweet. Dilihat Abang Tesla makan sambil suap menyuap kedua-dua isterinya itu.

https://www.tiktok.com/@ct.nursuhayati/video/7274884936270679297

Dalam masa sehari, video tersebut telah meraih lebih daripada 500K jumlah tontonan dan rata-rata  pelik dengan tindakan Abang Tesla yang suap isteri kedua makan sebelum giliran isteri pertama. Malah ada juga yang berseloroh menyifatkan Abang Tesla tidak berlaku adil kerana tidak suap kedua-dua isterinya itu makan dalam satu masa.

Tesla Suap Bini Makan Tesla Suap Bini Makan 2 Tesla Suap Bini Makan 3

Haih, ada-ada je la Abang Tesla, tu, apapun, semoga Abang Tesla bahagia dengan isteri-isteri dia ya.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.