in

[VIDEO] Dataran Merdeka Kecoh! 31 Peserta ‘Himpunan Kenang Korban Covid-19’ Ditahan & Dikompaun RM2K Seorang

Collage 33

Malam tadi, seramai 31 peserta telah hadir berhimpun di Dataran Merdeka bagi mengenang mangsa korban Covid-19 yang dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR).

Seramai 17 peserta lelaki dan wanita yang menyalakan lilin bagi memperingati korban Covid-19 ini pada awalnya telah berkumpul di bawah pengawasan ketat sebelum himpunan tersebut dihentikan oleh pihak polis dan kad pengenalan diambil.

Dataran Merdeka kecoh!

Menurut MalaysiaKini, polis dilihat telah membawa sejumlah peserta untuk dibawa menaiki lori Black Maria dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi bagi tujuan dokumentasi.

Untuk pengetahuan korang, antara yang ditahan merupakan penganjur himpunan #Lawan Mohammad Asraf Sharaf, pengasas bersama Undi18 Qyira Yusri dan Sarah Irdina.

Menerusi Twitter Qyira mengatakan dia dan beberapa wanita lain telah “diheret” oleh pihak polis untuk di bawa ke IPD Dang Wangi.

Dikompaun kerana langgar SOP

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi Noor Delhan Yahaya mengatakan pihaknya telah pun membuka kertas siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberitahu pihak berkuasa tentang perhimpunan tersebut serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Kami menasihatkan orang ramai untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara yang dibuat untuk mengawal pandemik Covid-19.”

Seramai 31 peserta yang ditahan pihak polis ini telah dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM62,000 atas kesalahan melanggar peraturan yang menghalang perhimpunan diadakan ketika penularan wabak Covid-19.

 

Baca: Tiada Laporan Kluster Covid-19 Dari Perhimpunan #Lawan – DG Hisham

Screenshot 2021 08 20 At 10.28.43 Am