in

Tiada Laporan Kluster Covid-19 Dari Perhimpunan #Lawan – DG Hisham

Cover 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum menerima laporan mengenai kemunculan kluster Covid-19 yang berkaitan dengan demonstrasi #Lawan pada tempoh hari.


2 2

Beliau mengeluarkan kenyataan ini selepas diajukan soalan dalam satu sidang media pada Jumaat lepas. Menurut laporan, wartawan bertanyakan apakah ada kluster dari perhimpunan tersebut selepas tularnya sebuah hantaran mendakwa ada peserta perhimpunan yang positif Covid-19.

“Kami menerima laporan dari pengguna media sosial, di mana ada yang mengatakan seseorang telah dijangkiti selepas menghadiri perhimpunan tersebut”

“Bagaimanapun, KKM tidak dapat memastikan berita tersebut dan kami tidak dapat mengesahkan kesahihan berita itu. Jadi, siasatan masih dijalankan. Namun, sehingga kini, tiada laporan mengenai kluster yang berkait dengan perhimpunan itu”, jelas DG Hisham.

Untuk rekod, sebuah hantaran tular apabila seorang individu mendakwa adiknya telah dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri perhimpunan, sehingga menjangkiti keluarga mereka.

1 4

 

Kredit: MalayMail

BACA: Peserta Demonstrasi ‘Keluar dan #Lawan’ Berkumpul Di LRT Masjid Jamek

Cats 7

Sumber: MalayMail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.