Bagi penggemar kucing, mereka biasanya menganggap kucing-kucing kepunyaan mereka sebagai anak sendiri dan sanggup berhabis banyak asalkan ‘anak-anak’ dapat menikmati kehidupan yang selesa, makanan yang sedap dan lain-lain.
Terbaharu, penyanyi Mark Adam telah berkongsi sebuah video di Instagram memaparkan dia membawa ‘Rokieya’ iaitu kucing kesayangannya ke sebuah kafe untuk menikmati acara ‘fine dining’ khas untuk kucing.
Menerusi video tersebut, Rokieya serta banyak kucing lain kelihatan dapat merasai pengalaman makan secara fine dining dan video berkenaan meraih perhatian orang ramai dan rata-rata tidak percaya tentang kewujudan servis sedemikian untuk anak-anak bulu.
Acara yang pertama kali diadakan di kafe berkenaan juga menyaksikan ramai pemilik tidak melepaskan peluang untuk membawa kucing kesayangan masing-masing.
Jika sekali lihat, pasti ada yang menyangka makanan yang disajikan adalah untuk pemilik tetapi melalui video Mark Adam berkenaan, makanan yang dihias cantik dan rapi tersebut adalah untuk kucing-kucing yang berkunjung ke acara berkenaan.
Artikel penuh : Tak Dapat Tikus Anak Itik Jadi Mangsa, Gelagat Kucing ‘Oyen’ Buat Netizen Geli Hati
Artikel penuh : Kucing Kena Sawan & Maut Sebab ‘Overdose’ Ubat Kutu, Doktor Haiwan Beri Teguran
Antara makanan yang disajikan seperti Tuna Temptations Duo yang kelihatan seakan-akan pencuci mulut atau kek yang dibuat daripada Tuna Mousse dan juga Tuna Cat Lick.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen ternyata ‘cemburu’ dengan Rokieya kerana berpeluang untuk menikmati makanan serta hidangan fine dining untuk kucing tersebut.
Pun begitu, menurut pihak penganjur yang sempat dihubungi oleh min, mereka mengatakan acara tersebut adalah acara khas yang dianjurkan oleh salah sebuah jenama makanan kucing dan ia tidak ditawarkan kepada orang ramai.
Baru ingat nak bawak ‘anak-anak’ ke sini
Sumber : Instagram