in

“Untuk tarik pengunjung Muslim” – Diana Danielle Persoal Restoran Guna Istilah ‘Muslim Friendly’

Muslim 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu status halal untuk restoran sudah lama dibincangkan malah sekarang ini ada pula sesetengah restoran yang hanya mempamerkan istilah ‘pork free’ di hadapan kedai untuk menandakan kedai makan itu tidak menggunakan khinzir dalam masakan mereka.

Terbaharu, muncul satu lagi istilah dipanggil ‘Muslim-friendly’ kerap digunakan oleh beberapa restoran di Malaysia mungkin tidak mempunyai sijil halal.


Artikel berkaitan: Pengusaha F&B Ini Kongsi Sebab Utama Banyak Kedai Tiada Sijil Halal

Artikel berkaitan: “Tak dianggap tunggang agama” – Ustazah Asma’ Harun Jelaskan Isu Selipar ‘Muslim Friendly’

Pun begitu, pelakon Diana Danielle mempersoalkan status ‘Muslim-friendly’ yang dikatakan hanya sekadar untuk menarik pelanggan yang beragama Islam.

Boleh ke guna istilah Muslim-friendly?

Diana menerusi satu video yang dimuat naik olehnya di TikTok, menyuarakan pendapatnya kepada pengguna TikTok mengenai istilah ‘Muslim-friendly’ atau ‘Mesra pelanggan Muslim’ yang digunakan oleh beberapa kedai makan.

Saya ada soalan. Adakah sesuai untuk sesebuah restoran atau kafe di luar sana yang menggunakan istilah ‘Muslim-friendly’ tanpa ada bukti yang menunjukkan ia sesuai bagi orang Muslim?

Saya nampak istilah ni banyak digunakan di kedai makan untuk menarik perhatian pelanggan Muslim datang ke kedai mereka.

Kata heroin filem Imaginur itu, dia juga berasa hairan kerana istilah tersebut masih digunakan secara meluas oleh beberapa kedai makan.

Tapi, isu ‘Muslim-friendly’ ini ada pelbagai perdebatan. Kalau orang tak percaya istilah itu boleh digunakan sesuka hati, kenapa ia masih boleh digunakan?

Menurut sumber, status halal untuk kedai makan ataupun restoran di Malaysia akan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setelah melalui pelbagai proses dan piawaian yang telah ditetapkan.

@diana.danielle

What say you?

♬ original sound – Diana Danielle – Diana Danielle

Meninjau di ruangan balas, ramai netizen sependapat Diana dan mendakwa sesetengah restoran yang menggunakan istilah tersebut kerana tidak mendapat sijil halal.

Muslim 1 Muslim 2

Lebih baik kita check dulu status halal…

Sumber: TikTok, JAKIM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.