in

“Unless dia yang cipta magnet lain lah” – Isu Ciplak Idea, Netizen ‘Claim’ Negara Lain Dah Lama Buat?

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu sebuah jenama terkenal menciplak idea dari jenama-jenama kecil ni bukanlah satu isu yang baru. Kalau nak ikutkan, macam setiap tahun ada je isunya.



Macam yang korang tahu, baru-baru ini, seorang pengasas tudung The Jasmine Yusfariq yang terkenal dengan ciptaan tudung magnetik keluarannya itu telah mendakwa kali ini jenama besar tersebut telah meniru konsep dan idea perniagaannya.

@yusfariq

💔PLEASE STOP COPYING SMALL BUSINESS IDEA. #thejasmine #bawalmagnetic

♬ original sound – Abe Yus 🇲🇾🇮🇩 | TJ

Perkongsian dari Yusfariq ini telah mendapat banyak sokongan dari netizen yang meminta agar lelaki ini terus tabah dengan dugaan yang dilaluinya ini.

Malah hasil dari perkongsian Yusfariq ini telah menyebabkan laman webnya dan kedainya di Shopee terpaksa ditutup kerana terlalu ramai orang yang nak beli tudung ciptaannya itu.

“Unless dia orang first yang invent magnet, bolehlah nak claim”

Pun begitu, tinjauan di Twitter juga ada menunjukkan beberapa netizen yang tak berapa senang dengan dakwaan Yusfariq ini.

Beberapa netizen mendakwa, tudung magnetic ini sebenarnya dah lama wujud di pasaran timur tengah dan negara jiran Indonesia.

Menurut mereka, isu ciplak idea ini sepatutnya tak wujud. Hanya kerana ia baru masuk ke pasaran Malaysia, tak bermakna idea tersebut memang datang dari pengasas The Jasmine ini. Ah pulak betul ke?

Screenshot 2021 09 07 At 11.18.11 Am Down

Mungkin idea yang dimaksudkan Abe Yus tu adalah magnet yang dijahit sekali dengan tudung bukan pin magnet. Apa-apa pun, harapnya perniagaan The Jasmine terus berjaya…

 

Baca: “Senang-senang ambil idea aku” – Jenama Tudung Terkenal Buat Hal Lagi, Dituduh Ciplak Idea Lelaki Ini?

Founder Tuduh Jenama Besar Ciplak Tudung Magnetic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.