in

Ramai ‘Amazed’ Lihat Piala Dunia di Qatar, Majlis Dimulakan Dengan Ayat Suci Al-Quran

Piala Dunia Opening 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam bermulalah perlawanan pertama Piala Dunia yang diadakan di Qatar, pertandingan bola sepak antara negara ini akan berlangsung sehingga 18 Disember ini.


Sebanyak 32 pasukan berentap di lapan stadium rasmi di Qatar, setiap pasukan diundi ke dalam 8 kumpulan dan setiap kumpulan terdapat 4 pasukan.

Ramai yang teruja dengan upacara pembukaan pertandingan berprestij itu, kejutan pertamanya ialah kemunculan Morgan Freeman, yang menghantar mesej perpaduan kepada semua peminat bola sepak.

Pelakon ternama Hollywood itu menjadi pencerita dalam segmen pembukaan bertajuk ‘The Calling’ dan memberitahu penonton bahawa ‘kita semua berkumpul di sini sebagai satu suku besar’.

Segmen tersebut memukau ramai termasuk netizen-netizen apabila buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia, majlis pembukaan dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh seorang usahawan kelainan upaya Ghanim Al-Muftah.

Ghanim Muftah membalas kenyataan Morgan Freeman dengan bacaan Surah Al Hujuraat ayat 13 di upacara pembukaan Piala Dunia 2022, yang bermaksud;

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.”

Morgan Freeman mengakui terpegun dengan bacaan aya suci Al-Quran itu, malah beliau juga mengatakan ianya sesuatu yang paling indah pernah didengarinya.

Selain persembahan penuh emosi itu, penyanyi Korea Selatan dari kumpulan BTS Jungkook juga membuat persembahan dalam pembukaan penuh prestij itu.

Korang dah tau nak support team mana ke ?

Baca: “Tiada kelibat Haaland, Pogba” –  10 Pemain Bintang Yang Tak Akan Beraksi Pada Piala Dunia 2022

Pemain Bintang Terlepas World Cup 2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.