in

Umum Buka Jualan Innai Nunha Di Shopee, Neelofa Dituduh Kejam Pada Ejen & Stokis?

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, inai keluaran Neelofa yang diberi nama Innai Nunha telah pun mendapat tempat di kalangan ramai.

Baru-baru ini, bekas pengacara ini mengumumkan bahawa orang ramai kini boleh membeli inainya menerusi kedai official-nya di Shopee.


Screenshot 2022 08 04 At 6.01.30 Pm

Bagaimanapun, pengumuman ini jelasnya menimbulkan rasa kurang senang netizen dengan tindakan Neelofa ini. Mereka merasakan tindakan ini akan menjejaskan jualan ejen dan stokis lebih-lebih lagi untuk yang dah ambil stok yang banyak.

Hq dah buka jual kat Shopee. Habis tu cemana dengan nasib agents-agents depa? I know its about usaha dan rezeki tapi tak beragak hq pun. Memang kejam kalau hq dah buka untuk agents tapi at the same time buka jual kat shopee dah macam tamak haloba.

“Kalau kau share kedai shopee agents2 kau takpe jugak so produk depa terjual habis then depa boleh restock dengan stokis depa. Serious kejam.”

https://www.facebook.com/madinasaliza/posts/2876749765804379

Menjenguk ke Instagram peribadi Neelofa, dapat dilihat dia masih lagi membantu repost ejen dan stokis menerusi IG story. Harapnya perkongsian macam ni dari Neelofa dapatlah membantu ejen dan stokis di bawahnya dapat jualan yang lebih banyak.

Lama tak pakai inai, macam cantik pulak tengok orang pakai.

 

Baca: Dituduh Inai Tak Halal & Tak Mesra Solat, Ini Penjelasan Neelofa

Neelofa Kuku Inai Tak Sah Solat Tak Mesra Wuduk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.