“UMNO masih pekak” – KJ

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ramai sudah sedia maklum yang perebutan jawatan Presiden UMNO baru-baru ini dimenangi oleh Datuk Seri Zahid Hamidi. Pun begitu Khairy Jamaluddin yang tewas dalam pemilihan merebut kerusi itu menyatakan keresahan terhadap hala tuju parti tersebut kini.

Katanya dia nampak UMNO sekarang semakin ke arah perkauman lepas tewas PRU 14, lapor Malaysiakini. Bagi KJ, benda macam ni hanya akan membawa parti ke arah kehancuran.

“Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum dan kutip tabung untuk Datuk Seri Najib Razak…Takkan itu je UMNO baru?”

Sumber: Malaysiakini

“Sudah kena pukulan maut semasa PRU 14 (tetapi) masih pekak terhadap suara rakyat.”

Merujuk kepada bantahan UMNO terhadap pelantikan Tommy Thomas dan Tan Sri Richard Malanjum, KJ mengkritik tindakan memomokkan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai Peguam Negara dan Ketua Hakim.

Katanya UMNO kena lupakan saja impian nak tawan balik Putrajaya kalau itu lah isu-isu yang dorang bangkitkan. Dengan nada kecewa, bekas Ketua Pemuda UMNO itu merasakan parti tersebut kena pilih sama ada nak kekal dengan cara tu atau ambil jalan tengah.

Sumber: Twitter

“UMNO mungkin menang sorak sementara, tapi pasti akan lingkup beberapa tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah dan sukar nak faham akar umbi, tapi itulah jalan yang ada untuk terus bertahan.”

Sebaik saja kalah dalam PRU 14, KJ menyatakan keperluan untuk melakukan pembaharuan pada UMNO termasuklah dengan membuka keahlian kepada orang bukan Melayu.

KJ bagaimanapun memaklumkan bahawa dia akan kekal bersama UMNO kerana percaya parti itu masih ‘khemah besar’ untuk orang Melayu dengan prinsip sederhana, haluan tengah dan meraikan kepelbagaian.

Sumber: Twitter

Semoga UMNO akan dapat menyelesaikan masalah dalaman dan kembali ke zaman kegemilangan semula.

Baca: KJ Disaran Tinggalkan UMNO

 

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.