in

Ubah Suai Bas Lama Jadi Pusat Mengaji Al-Quran, Usaha Sekumpulan Anak Muda Ini Dipuji

F2 Bas Diubah Jadi Pusat Mengaji Al Quran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekumpulan anak muda yang dikenali sebagai Rembau Awesome yang telah mengubah suai bas lama menjadi sebuah pusat pengajian Al-Quran baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai.

Memetik laporan Sinar Harian, pusat pengajian Al-Quran yang dibina di dalam bas lama yang diubah suai itu terletak di Taman Seri Rembau dan telah beroperasi secara percuma sejak tujuh tahun lalu.


Difahamkan, kini, pusat pengajian tersebut telah menerima lebih kurang 167 pelajar termasuk orang dewasa yang ingin mendalami dan belajar membaca kitab suci Al-Quran umat Islam itu.

Namun, menurut Muhammad Allif Ibrahim iaitu pengurus pusat tersebut, bukan mudah untuk mereka meneruskan pusat pengajian itu kerana kos operasinya bukan murah.

Artikel Berkaitan: “Senang nak solat” – Netizen ‘Salute’ Idea Musolla On Wheels UUM

Artikel Berkaitan: Terkejut Rumah Flat ‘Extend’ Sampai 3 Tingkat, Netizen Tanya Mana Pihak Berkuasa

Namun, berkat bantuan daripada orang ramai, kerajaan negeri dan bantuan NGO, pusat pengajian itu mampu bertahan dan memberi khidmat kepada pelajar-pelajarnya sehingga kini.

Selepas beberapa tahun, kini pusat pengajian itu juga sudah mempunyai empat buah bas di mana dua daripadanya dijadikan kelas untuk belajar Al-Quran, manakala dua lagi bas pula adalah pejabat operasi mereka.

Kelas mengaji di pusat itu dijalankan setiap hari Isnin sehingga Khamis dengan tiga sesi pengajian untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

Besar pahaladan ganjaran mereka ni kan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.