in

UAE Mansuh Akta Boikot Negara Haram Yahudi, Kini Jadi Rakan Dagang

Untitled Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan tindakan negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani perjanjian damai dengan negara haram Yahudi — yang kononnya berupaya mewujudkan keamanan di Asia Barat.


Langkah itu mengundang kritikan dunia Islam, yang menyifatkan ia sebagai satu lagi bentuk pengkhianatan terhadap Palestin.

Terbaharu, UAE dilapor mengambil satu lagi langkah kontroversi dengan memansuhkan undang-undang pemboikotan negara rejim itu — selari dengan usaha menjalin hubungan diplomatik kedua-dua pihak.

Tindakan itu bagaimanapun umpama mencurah garam ke luka Palestin dan negara Islam lain, yang kekal tidak mengiktiraf sebuah negara bernama Israel.

Israel Uae Flagsjpg

Berita Harian yang memetik laporan AFP berkata, perintah rasmi pemansuhan undang-undang tersebut dikeluarkan Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan.

Selepas ini, sebarang produk dari negara haram itu dibenarkan untuk dibawa masuk dan diperdagangkan di UAE. Malah mana-mana syarikat di UAE juga boleh membuat perjanjian dengan firma di Israel.

Untuk rekod, UAE menjadi satu-satunya negara Teluk dan negara Arab ketiga yang menjalinkan hubungan diplomatik penuh dengan rejim tersebut.

 

Baca: “Makin melampau” – Israel Rampas Bukit Golan & Buka Penempatan Haram ‘Trump Height’ Sempena Nama Presiden AS

Capture 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.