in

Tutup Bahagian Makanan Itali, Ini Ragam Kedai Serbaneka Di England Sempena Final Euro 2020

2Kedai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehangatan Kejohanan Euro 2020 bakal berakhir malam ini dengan pertemuan peringkat akhir antara England dan Itali.



Dalam kesibukan dan kehangatan menjelang final malam ni, ada satu kedai serbaneka di England yang mencuri tumpuan ramai dengan ragam tersendirinya. Mana tidaknya, jenaka yang menjadi hantaran Facebook pengusaha kedai ini telah viral selepas dia menutup bahagian makanan Itali di kedai miliknya.

Screenshot 2021 07 11 At 12.06.36 Pm
Sumber: daily star

Menurut Daily Star, gambar yang dimuatnaik oleh seorang peminat tegar bolasepak itu menunjukkan rak makanan Itali yang terdiri daripada pasta, roti bawang putih dan makanan berasal dari Itali yang lain diletakkan pita kuning-hitam.

Screenshot 2021 07 11 At 12.05.58 Pm
Sumber: daily star

Dalam tempoh 24 jam sahaja, hantaran Facebook itu telah dibanjiri dengan ribuan komen dan sukaan dan telah dikongsi lebih 12,500 kali.

“Nothing Italian will be sold. Goooo England! It’s coming home!”

Begitulah sebahagian daripada hantaran yang ditulis pemilik kedai serbaneka Nisa, Avtar Singh. Menurut beliau, ianya hanya gurauan bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan England dalam misi merebut kejuaraan Eropah.

Screenshot 2021 07 11 At 12.06.24 Pm
Sumber: daily star

Singh turut menambah, yang mereka tidak pernah menghentikan penjualan makanan berasal dari Itali dan beliau turut menegaskan ianya hanya sekadar gurauan peminat bolasepak.

Korang rasa sapa yang akan menang match malam ni? England ke Itali?

 

Baca: Simon Kjaer Diangkat Sebagai Wira, Beri Bantuan Kecemasan Segera & Tenangkan Keluarga Christian Eriksen

Screenshot 2021 07 11 At 12.15.27 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.