in

“Tunjuk lagi kat media sosial kan dah mendapat” – Wak Doyok Berdepan Denda Setengah Juta Sebab Guna Lambang Sultan Johor

Combine Wakdoyok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41 berdepan denda RM 500,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menggunakan lambang Kemahkotaan Sultan Johor tanpa kebenaran bertulis daripada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, lapor Sinar Harian.


Wak1

Walau bagaimanapun, dia tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Wan Mohd Norhisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan lambang Sultan Johor itu untuk tujuan persendirian tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Sultan Johor.

Hmm… rakyat biasa mana boleh suka hati guna lambang diraja macam tu

Cincin

Wak Doyok didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 yang boleh dihukum denda antara RM250,000 dan RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan dan tertuduh diwakili oleh peguam.

Wak2

Pada awalnya Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad meminta mahkamah memberi jaminan sebanyak RM50,000 ke atas tertuduh, namun peguam MN Halim Md Amin dan Syaffie Naim merayu untuk denda yang lebih rendah.

Rayuan itu dibuat atas alasan tertuduh masih menjaga ibunya yang berumur 78 tahun sementara pendapatan perniagaannya terjejas berikutan wabak Covid-19.

Oleh itu, mahkamah membuat keputusan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 35,000 dengan seorang penjamin.

Susulan daripada itu, sebutan kes ditetapkan pada 15 Jun bagi penyerahan dokumen.

Jadikan ini sebagai pengajaran buat semua

Baca : “Habis lah kau” – Gara-gara Buat Cincin Lambang Sultan Johor, Tunku Idris Tuntut Penjelasan Wak Doyok

Wak 1

 

 

 

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Instagram
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.