in

Tunjuk Jari Tengah Keluarkan Kata-kata Kesat Kepada Polis Semasa Roadblock, Pegawai Bank Ditahan

Ft Polis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah kadang masa penat bekerja kita akan jadi terlebih beremosi, tapi janganlah sampai memakan diri.


Macam kes ni, seorang pegawai bank berusia 39 tahun ditahan kerana ‘menunjukkan’ jari tengah kepada pihak polis semasa ditahan dalam satu roadblock di Persiaran Tropicana, Kota Damansara, Sabtu lalu.

Kau dah kenapa!

 

Capture Polis

Semasa ditahan, lelaki tersebut yang dipercayai sedang menjalankan perkhidmatan e-hailing, lapor Bernama

Ketika ditahan suspek dikatakan menunjukkan isyarat lucah dan turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai polis yang bertugas.

Selain itu, menurut Ketua Polis Daerah, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal suspek juga enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaan dijalankan. 

Dah la biadap, tak nak bagi kerjasama pula tu!

Capture Poooolis

 

Tak cukup dengan tu, suspek juga dikatakan bertindak agresif menyebabkan pihak polis terpaksa menggunakan sedikit kekerasan untuk menahannya.

Betul orang dulu kata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Sebab tu kena fikir sebelum buat sesuatu perkara.

Susulan itu, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Harapnya ramai la ikhtibar daripada kejadian ni, kena ingat setiap perkara ada kesannya. 

 

Baca : Lelaki Nigeria Tendang Polis Lepas Kena Tahan Kerana Didakwa Mabuk & Pukul Pemilik Restoran

Pollll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.