in

Tular Video Ular Senduk ‘Menyorok’ Bawah Budak, Bomba Berjaya Tangkap Haiwan Berbisa

Ular Menyorok Bawah Budak 1

Semestinya akan berasa terkejut tiba-tiba muncul seekor ular dalam kediaman kita. Dalam situasi ini, sebenarnya kita dinasihatkan supaya bertenang jika terserempak dengan haiwan berbisa itu.

Tular di media sosial sebuah rakaman menunjukkan seekor ular yang dilihat sedang ‘menyorok’ di bawah seorang budak lelaki.

Menerusi perkongsian video @mummy_miazaraa di TikTok, difahamkan ular yang kelihatan berwarna hitam itu merupakan spesies ular senduk yang berbisa.

Dalam video itu, dapat dilihat budak lelaki itu terbaring kaku dengan kakinya memijak ekor ular terbabit.

Ular berjaya ditangkap

Menjengah ke ruangan komen, ibu kepada kanak-kanak itu tampil memaklumkan bahawa anaknya itu selamat ketika kejadian yang berlaku di rumah pengasuh.

“Salam, ni anak saya. Alhamdulillah anak saya selamat dan ini bukan ular mainan ya, ular senduk, amat berbisa tapi Allah jaga anak saya,” kongsinya.

Difahamkan, budak lelaki itu kebiasaannya aktif namun berbeza pada waktu kejadian di mana dia hanya kaku sebelum bantuan bomba datang.

Screenshot 2023 07 26 131039

Menurut laporan Malaysia Gazette, kejadian itu berlaku di Taman Serai Perdana Bagan Serai dan pihak bomba telah berjaya menangkap ular terbabit.

https://twitter.com/MalaysiaGazette/status/1684047308470747136?s=20

Kejadian itu telah menarik perhatian ramai, rata-rata netizen bimbang dengan keadaan budak lelaki itu. Namun, ada juga yang memuji tindakan mereka yang tidak panik berhadapan situasi mencemaskan itu.

Syukur adik ni selamat!

Baca: “Berani betul!” – Netizen Ternganga Tengok Warga Sarawak Tangkap Ular Tedung Guna ‘Recycle Bag’
1Ular

Sumber: TikTok