Antara kes mahkamah yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia adalah kes penderaan kanak-kanak Down Syndrome, Bella yang kini masih dalam perbicaraan. Belum pun selesai kes itu dibicarakan, salah seorang peguam yang membela Orang Kena Tuduh (OKT) Siti Bainun ada mewujudkan diskusi kes di media sosial walaupun kes sedang berjalan di mahkamah.
Ramai dalam kalangan netizen merasakan perbuatan peguam Siti Bainun itu adalah tidak beretika dan mengecam tindakannya. Semalam, peguam Siti Bainun, Hafidzah ada mengeluarkan video penjelasan.
Melihat keadaan ‘koyak’ dalam video penjelasan itu, Nabila Huda tampil berkongsi pengalaman berurusan dengan peguam Siti Bainun. Pengalaman Nabila Huda itu dikongsi di akaun Twitter beliau @abilsuhaimi.
Rantaian tweet daripada anak penyanyi rock popular tanah air, Amy Search dimulakan seawal jam 9 pagi tadi. Setakat artikel ini ditulis, tweet awal tersebut telah menerima lebih 3,700 tweet ulang dan lebih 6,400 sukaan.
Pelakon dan pengacara itu juga menjelaskan, beliau tidak menerima sebarang surat saman. Namun hanya tahu telah disaman dari berita yang dikeluarkan di media massa.
Korang boleh baca sendiri rantaian tweet kat bawah:
Apa pandangan korang?
Baca: Peguam Siti Bainun Didakwa ‘Koyak’ Minta Rakyat Malaysia Untuk Belajar Hormati Orang Lain Dulu