Semalam, kecoh di media sosial apabila terdapat sebuah akaun Telegram yang mendedahkan cerita hubungan cef pizza, Jofliam serta Dewi yang juga bekas pekerjanya.
Difahamkan, akaun tersebut dibuat untuk mendedahkan hubungan di antara dua individu itu yang dikatakan sudah terlalu mesra.
Artikel berkaitan: “Kantoi call isteri saya belakang2” – Jofliam Dedah Siapa Sebenarnya ‘Ammar’?
Artikel berkaitan: Jofliam & Dewi Mahu Buat Sumpah Laknat, Ingin Ceritakan Hal Sebenar Isu Pergolakan Rumah Tangga
@amethystsiamantis 22.11.24,,..,SAWittttty !!!!! PercintAan owang tue tue,. JOM sambong lirik lgu.,Kne 1 tik KOY4KKK,. Ade ssp Tau lgu apeni ?? tggu sejenakk? tggu apelgi ?? GELI LA WEYHHHH !!?? Alikmano lg mu nk twist,. Nak keluo lgu jgk ker ? kihkih,.,,, #jofliam #cikepal #dewi #4u #fyp
Menerusi akaun itu, banyak video yang dimuat naik memaparkan kemesraan Dewi serta dua anak Jofliam iaitu Han dan Yuki, malah ada yang merasakan Dewi seakan sudah bersekedudukan dengan cef pizza itu.
Lebih mengejutkan, terdapat juga video serta tangkap layar perbualan WhatsApp yang memaparkan Jofliam sudah memanggil Dewi dengan nama ‘sayang’.
@amethystsiamantis Sayang tau tak ? 🤪 amboiii kenmainnnnn selama ni eh. sepandai pandai tupai melomoat akhirnya jatuh ke tanah jugaa. 💩 #jofliam #dewi #cikepal #pizzawagyu
Akaun Telegram berkenaan bagaimanapun masih belum diketahui siapakah pemiliknya, setakat artikel ini ditulis, ia sudah mendapat lebih 100K subscribers.
Sebagai info, Cik Epal yang merupakan bekas isteri Jofliam mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: TikTok