in

Tular Video Lelaki Ganggu Penyu Dalam Laut, Kerajaan Terengganu Arah Siasatan Dijalankan

Penyu Redang Video Viral

Kerajaan negeri Terengganu telah mengarahkan Jabatan Taman Laut melakukan siasatan terperinci susulan satu video tular insiden seorang lelaki telah memegang penyu di Pulau Redang baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata perbuatan memegang penyu adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 27, Akta Perikanan 1985.

“Tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu mengikut akta tersebut.”

Screenshot 3

Tambahnya lagi, insiden berkenaan menimbulkan kekesalan kerajaan negeri selain berharap ianya tidak akan berulang pada masa yang akan datang.

Menurut laporan Bernama, video berdurasi 24 saat tersebut telah tular pada Selasa dan memaparkan seorang lelaki dipercayai kru bot telah menyelam dan membawa naik seekor penyu hampir ke permukaan.

Penyu Redang

Kejadian yang dipercayai dilakukan di Teluk Dalam, Pulau Redang ini mendapat kecaman ramai warganet kerana ia terang menyalahi undang-undang kerana umum ketahui, penyu adalah haiwan terancam serta dilindungi oleh kerajaan.

Dalam masa yang sama, Naib Pengerusi Persatuan Pengusaha Bot Pulau Redang, Azmi Awang turut berharap agar pihak terlibat dalam video yang tular berkenaan dikenakan tindakan yang sewajarnya sebagai pengajaran agar insiden sedemikian tidak berulang lagi.

Tambahnya, semua pengusaha bot perlu peka dengan peraturan yang dikuatkuasakan. Dalam masa yang sama, mereka perlu mengingatkan pelancong agar tidak menyentuh penyu lebih-lebih lagi sewaktu mengadakan aktiviti snorkeling.

Baca : “Tak wujud pun!” – Ramai Pelancong Tertipu Dengan Pemilik ‘Homestay’ Di Terengganu

Screenshot 4

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook