in

“Tak wujud pun!” – Ramai Pelancong Tertipu Dengan Pemilik ‘Homestay’ Di Terengganu

Untitled Design 2022 06 09T120526.795

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terengganu merupakan antara destinasi pelancongan yang paling ramai pengunjung kerana kecantikan pulau-pulaunya serta makanan unik seperti nasi dagang dan keropok lekor.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga yang suka dengan budaya dan seni negara itu seperti tarian Ulek Mayang dan juga pembuatan seni batik.


7B49300C City 26624 17Eb1Ccbba4

Disebabkan itu, ramai yang memilih Terengganu sebagai destinasi pelancongan lebih-lebih lagi di musim cuti sekolah ini.

Apa yang kurang menarik ialah terdapat beberapa individu mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut.

1798652

Menurut laporan Astro AWANI, seorang pelancong dari Port Dickson, Negeri Sembilan membayar homestay itu menerusi perbankan online ha­nya menyedari inap desa yang ditempah itu sebenarnya tidak wujud sebaik tiba ke negeri itu untuk bercuti.

“Saya menempah rumah inap ini secara dalam talian pada pagi Jumaat dan telah membayar sejumlah RM245 untuk menginap selama dua hari, dua malam iaitu pada 5 hingga 7 Jun.

Saya tiba di situ pada Ahad lalu. Sebaik tiba di lokasi berkenaan, saya gagal menemui rumah inap yang telah ditempah. Saya cuba menghubungi ‘pemilik’ rumah berkenaan beberapa kali namun talian tidak dijawab,” kata mangsa itu. 

Mangsa juga turut bertanya kepada penduduk di sekitar kawasan itu, semuanya menyatakan rumah itu memang tidak wujud malah, sudah berbelas orang mangsa yang dipercayai tertipu dengan homestay yang ‘ghaib’ itu.

Bagaimanapun, dalam laporan Kosmo!, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud berkata, polis percaya ramai telah menjadi mangsa, namun setakat ini hanya satu aduan berhubung penipuan tersebut telah diterima baru-baru ini.

Kalau korang kena scam macam ni, cepat-cepat report ya!

Baca: “Selalu nampak dekat luar negara” – [VIDEO] Wanita Tak Sangka Dapat Tengok ‘Ombak Berlampu’ Di Terengganu

Untitled Design 2022 06 09T120209.074

Sumber: kayak
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.