Satu video tular baru-baru ini apabila ada seorang pemuda dilihat seperti sedang mengajuk bunyi azan dalam kereta ketika laungan itu berkumandang di radio. Ia telah mengundang kemarahan ramai pihak temasuklah aktivis Yusuf Azmi.
Eh, tak kiralah apa bangsa dan agama sekalipun, HORMATLAH! – Yusuf Azmi
Dalam video yang berdurasi 2 minit 3 saat, pemuda itu dilihat berada di dalam kereta dan mengikut laungan azan, kemudian ada individu bersemuka dengannya dan memberi teguran kepada pemuda itu.
“Eh, tak kiralah apa bangsa dan agama sekalipun, HORMATLAH! Kita hidup di Malaysia, sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang…”
“Kita tetap berada di bawah ‘satu bumbung’ dan seharusnya saling menjaga sensitiviti antara kaum.”
“Dalam perkongsian Yusuf Azmi, dia menggesa kepada orang ramai agar hormati bangsa dan agama antara satu sama lain.”
Walaubagaimanpun individu yang dikatakan seorang blogger itu telahpun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Bagaimanapun, menerusi IG Story milik Yusuf Azmi, dia menggesa agar pihak PDRM untuk segera ambil tindakan.
Dalam pada itu, ramai netizen yang sama berang apabila melihat tindakan dan sikap manusia begini malah ada yang mendakwa sebenarnya kes ini dah banyak kali terjadi, jadi mereka menggesa agar tindakan sewajarnya dilakukan.
Baca : “Ambil untung atas angin” – [Video] Yusuf Azmi Lempang Lelaki Jual T-Shirt Ciplak Semboyan