Meskipun sudah banyak kempen kesedaran dan peringatan diberikan kepada pelajar di institusi pendidikan, masih banyak lagi kes buli berlaku di sekolah.
Kali ini, tular sebuah video memaparkan seorang budak berusia 11 tahun telah dibuli beberapa orang murid darjah 5 di sebuah sekolah di Kuala Krai, Kelantan.
Artikel berkaitan: Lagi Kes Buli, Pelajar Tingkatan 1 Dipukul, Disyaki Oleh Pelajar Tingkatan 2
Artikel berkaitan: Tular Video Budak Kena Buli Di Surau Sekolah, Rupanya Kes Berlaku Di Brunei
Sering dibuli, murid sampai sorok duit dalam stoking
Menerusi perkongsian ibu mangsa di Facebook, kelihatan video memaparkan murid berkenaan telah ditendang dan diejek beramai-ramai oleh beberapa orang murid.
Kejadian itu sampai ke pengetahuan ibu mangsa apabila video berkenaan difahamkan tular dan telah dihantar oleh salah seorang murid yang berada di dalam video tersebut juga.
Ibu dakwa anak dibuli rakan sebaya di Kuala Krai sampai sembunyi duit dalam stoking nak beli makanan kat kantin
Lebih menyedihkan lagi, perkara tersebut diketahui oleh wanita tersebut selepas melihat video anaknya ditendang dan diejek beramai-ramai dalam satu video tular. pic.twitter.com/9DQ06Ffqyo
— Yon (@Amrlamnnn) September 18, 2023
Aku sebagai seorang ibu tidak boleh membayangkan budak-budak ini membuli anak aku. Mujur Tuhan bagi petunjuk, budak baju merah dalam video tersebut hantar video memperlekehkan anak saya.
“Tuhan sebaik-baik perancang walaupun budak itu hantar video tak penuh, sekurang-kurangnya ada bukti. Selepas ini kalau tengok aku tunggu anak depan sekolah, jangan pelik,” katanya.
Menurut ibu mangsa lagi, anaknya yang trauma dengan apa yang berlaku sampai terpaksa menyembunyikan duit untuk membeli makanan pada waktu rehat di dalam stoking.
Sejenis mak bapak b***h, percaya pada anak. Baru sekolah rendah sudah pandai membuli anak orang. Anak aku sampai sembunyikan duit dalam stoking nak beli makanan pada waktu rehat,” katanya.
Suspek budak darjah 5 dipanggil polis
Menurut Buletin TV3, polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap video tular tersebut dan laporan kejadian mengenai kes itu daripada bapa mangsa telah diterima pada jam 10.55 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, dalam kejadian yang berlaku pada 12.10 tengah hari pada 14 September lalu, mangsa sedang berada di luar bilik darjahnya sebelum dia didatangi dua murid lain yang kemudian dipercayai memukulnya.
Hasil pemeriksaan pakar perubatan terhadap mangsa mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesan lebam pada badan,” katanya.
Kedua-dua suspek yang berusia 11 tahun dan murid sekolah tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk diambil keterangan bagi menjalankan siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada pihak sekolah serta tindakan sewajarnya sudah diambil.
Sumber: X, Facebook, Buletin TV3