in

Tular Pergaduhan Melibatkan Hafiz Suip, Ini Apa Yang Berlaku Sebenarnya

Hafiz Suip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial pada Jumaat lalu tentang pergaduhan di jalan raya yang melibatkan penyanyi, Hafiz Suip.

Dalam video yang tular itu, dapat dilihat Hafiz telah ditumbuk oleh seorang lelaki dan difahamkan, kejadian itu berlaku di kawasan jalan raya berhampiran lampu isyarat.


Kejadian pergaduhan yang melibatkan penyanyi Awan Nano itu rupanya berlaku disebabkan provokasi dan Hafiz telah disembur dengan pepper spray oleh seorang pemandu lain.

Kronologi kejadian itu telah dikongsikan oleh seorang saksi kejadian yang dikenali sebagai Uthman Daud menerusi Facebook.

4 6

Artikel Berkaitan: “Harap dia bangkit semula…” – Menyanyi Bawah Rumah, Peminat Harap Hafiz Suip Buat ‘Comeback’

Difahamkan, kejadian tersebu berlaku selepas solat Jumaat ketika Hafiz Suip dan beberapa individu lain sedang dalam perjalan untuk menziarah rumah keluarga peminat Hafiz yang sudah meninggal dunia.

Ketika dalam perjalanan, ada sebuah kenderaan yang mencucuk dari belakang. Maka provokasi pun berlaku dari kedua belah pihak. Kemuncak pergaduhan berlaku apabila pemandu kenderaan tersebut mula blok dan berhentikan kereta kami. Kedua-dua pihak marah dan keluar dari kereta. 

Tiba-tiba pemandu tersebut menyembur muka Hafiz dengan pepper spray,” jelasnya.

Uthman kemudiannya cuba meleraikan keadaan namun pemandu tersebut masih meluru ke arah Hafiz dan dia sendiri juga disiku dan disembur dengan pepper spray itu.

Laporan polis difahamkan telah dibuat sejurus kejadian itu berlaku.

Walau bagaimanapun, memetik laporan mStar, Hafiz dan pemandu kereta tersebut telah pun bersemuka semula dan bersalaman memohon maaf.

Sumber: X @H_Bakkaniy, Facebook Uthman Daud, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.