Sejak beberapa hari ini, tular di media sosial kisah mengenai seorang lelaki berkahwin kali ketiga dan dikatakan majlis perkahwinannya itu diuruskan oleh isteri pertama dan keduanya.
Kisah poligami lelaki tersebut telah meraih pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya memuji sikap isteri yang terbuka hati menerima madu selain mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan itu.
Susulan kisah itu juga, dia telah dijemput menjadi tetamu jemputan untuk membicarakan isu poligami.
Peguam dakwa rumah tangga tak se’harmoni’ yang digambarkan
Pun begitu, kecoh ketika ini apabila tular satu dakwaan mengatakan kisah sebenar tidaklah se’harmoni’ yang digambarkan.
Pendedahan itu dibuat oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil yang kini meraih hampir dua ribu perkongsian di laman Facebook.
Menerusi pendedahan peguam Asiah, isteri kedua dinikahi tanpa restu daripada wali dan ahli keluarga.
“Sebelum bernikah, isteri kedua lari dari rumah. Berbulan-bulan tanpa khabar berita.
“Suami failkan permohonan wali enggan di mahkamah syariah. Akhirnya berjaya menikahi isteri kedua.”
Manakala, pernikahan dengan isteri ketiga didakwa berlaku setahun yang lalu di Thailand juga tanpa restu wali dan ahli keluarga pihak perempuan.
Sementara itu, lelaki terbabit mendakwa menerima pelbagai fitnah, buli siber dan ugutan selepas kisahnya berkahwin kali ketiga tular. Dia menganggap ini adalah satu ujian luar biasa dalam berpoligami.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta penjelasan daripada lelaki tersebut mengenai dakwaan yang sedang hangat diperkatakan itu.
Sumber: Facebook