in

Tular Kes Termakan Daging Babi, Mufti Jelaskan Tak Berdosa Jika Tak Sengaja

Termakan Daging Babi Hukum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular satu perkongsian di Facebook, sebuah keluarga berhadapan dengan situasi yang tidak diingini apabila termakan daging babi selepas pekerja penghantar makanan tersalah memberikan bungkusan tempahan.

Kejadian yang dikongsikan oleh pengguna Facebook itu telah meraih perdebatan hangat dalam kalangan netizen.


Difahamkan, anak-anaknya yang menerima pesanan tersebut terus memakannya tanpa menyedari bahawa makanan tersebut tidak halal.

Artikel berkaitan: “Jem kepala” – Netizen ‘Keliru’ Peniaga Jual Bakso Babi Tapi Bertudung

Artikel berkaitan: “Asik ya!” – Siap Minta ‘Tapau’, Lelaki Indonesia Terkedu Bila Tahu Rupanya Termakan Sate Babi

444770720 10229857720739219 8776863033297938830 N

Muslim termakan daging babi secara tidak sengaja tak berdosa

Mengulas mengenai isu itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menjelaskan tidak berdosa sekiranya seorang Muslim termakan daging babi secara tidak sengaja atau tanpa diketahuinya.

Beliau berkata, hukum berkenaan adalah didasarkan kepada dalil al-Quran dan hadis.

“Termaklum bahawa daging babi adalah haram dimakan umat Islam berdasarkan nas yang jelas daripada al-Quran dalam surah al- Baqarah ayat 173.

“Ia bermaksud ‘diharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT,” katanya.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, maksud yang sama difahami juga daripada ayat 3 surah al-Maidah.

Katanya, firman Allah SWT bermaksud ‘dan tidaklah berdosa ke atas kamu dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (berdosa) dalam apa yang disengajakan oleh hati kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang (Surah al-Ahzab ayat 5)’.

Tambahnya lagi, ulama juga menasihatkan jika seseorang Muslim mengetahui bahawa dia sudah termakan daging babi dan mampu memuntahkannya, maka dia hendaklah berbuat demikian.

Harap dengan isu ini, semua pihak lebih peka dan berhati-hati untuk mengelakkan situasi begini berlaku lagi.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.