in

Tukar Nama Jadi ‘Bella’, Sajat Dikatakan Licik Guna Pembantu Untuk Kelirukan Polis Konon Ada di JB

Nur Sajat Nama Baru Bella

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendedahan demi pendedahan kini terbongkar selepas umum mengetahui usahawan kosmetik, Nur Sajat dilaporkan telah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lepas bersama seorang lelaki berperwatakan wanita warga Thailand di sebuah kondominium mewah di Bangkok.

Menurut Harian Metro, sebaik saja berjaya melarikan diri ke Bangkok dulu, Sajat telah menggunakan nama popular terbarunya iaitu ‘Bella’.


Nama tersebut juga katanya nama glamor yang terkenal dalam kalangan rakannya yang juga berperwatakan seperti Sajat.

Sajat 2

 

‘Naik tocang’ lepas dapat kad UNHCR 

Berdasarkan maklumat sumber, Sajat juga dikatakan ‘berlagak’ dengan kad pelarian UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan tersebut di Bangkok.

Dia naik ‘tocang’ juga sebab dibantu negara tertentu dan pihak UNHCR di Thailand.

“Biarpun dalam proses pemantauan pihak imigresen negara itu yang mana dia perlu melaporkan diri setiap 14 hari, tetapi Nur Sajat dilaporkan aktif beraktiviti di negara itu selepas dibebaskan dari tahanan.

“Kebanyakan aktiviti dilakukannya di dalam kondominium mewah itu. Sesekali kita dapat laporan Nur Sajat keluar bersama rakan-rakan yang membantu dan melindunginya,” kata sumber.

Sajat 1

 

Guna pembantu untuk kelirukan polis 

Selain itu, Sajat juga dikatakan telah menggunakan bantuan pembantunya di Malaysia untuk mengelirukan pihak berkuasa yang memburunya selepas gagal hadir ke mahkamah di Shah Alam, Selangor.

“Dia gunakan pembantu untuk muat naik statusnya di Instagram konon ada di Danga Bay, Johor pada 28 Ogos lalu.

“Dia sangat licik, perkongsiannya itu kemudian dipetik portal media. Kita percaya itu hanya tindakannya untuk mencabar pihak berkuasa negara ini kerana kita sudah dapat maklumat dia lolos ke Thailand pada awal Mac lalu,” kata sumber.

Meskipun dalam buruan polis, Sajat sentiasa dilihat aktif di media sosial selain memuat naik video mempromosi produknya pagi semalam lagi.

Sajat 3

Tindakan usahawan ini juga dianggap seolah-olah mencabar pihak berkuasa negara ini selepas dia berjaya meloloskan diri ke Thailand.

Berikut antara video yang dimuat naik Sajat di Instagram menerusi akaun @nursajatgold02 yang memaparkan usahawan ini mempromosikan produknya sambil menari didakwa berlatar belakangkan kondominium mewah didiaminya di Bangkok.

https://www.instagram.com/p/CUBfM0yJVDl/

Namun hasil carian admin sendiri di TikTok Sajat pula mendapati usahawan ini sudah beberapa hari tidak memuat naik apa-apa kandungan semenjak 7 September lepas.

Apa-apapun harapnya usaha pihak berkuasa dalam membawa Sajat pulang ke Malaysia dipermudahkan dan semoga kes ini cepat selesai. 

Baca: Sudah Ditahan & Dibebaskan, Sajat Mohon Kebenaran Pindah Ke Australia

Ft Sajat Ditahan Di Thailand

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.