in

True Fitness Kini Berhenti Beroperasi Seluruh Cawangan di Malaysia

Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kesemua pekerja True Fitness yang sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu dikejutkan dengan penutupan pusat kecergasan itu secara tiba-tiba semalam.


Penutupan operasi semua cawangan True Fitness di Malaysia itu telah pun diumumkan di laman web mereka sehari sebelum, 9 Jun.

Menurut True Fitness, perniagaan itu sudah tidak berdaya maju dari segi kewangan disebabkan keadaan pasaran yang sentiasa berubah.

True6
sumber: true fitness

Pihak pengurusan turut menghantar e-mel berhubung kes ini kepada semua ahli mereka di seluruh negara. Namun, penutupan ini mengecewakan ahli-ahli mereka kerana ianya dilakukan secara mengejut dan ahli tidak dimaklumkan lebih awal.

True3
sumber: facebook

Seorang ahli True Fitness, Chen Yu Szen berkata tindakan True Fitness tidak memberikan notis terlebih dahulu dianggap tidak beretika.

Kami tidak menerima sebarang notifikasi. Kami hanya mendapat tahu semasa kami datang ke gimnasium.”

True4
sumber: astro awani

Menurut Chen yang juga seorang peguam itu, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kes ini.

Ahli Denise Mah pula berkata, pusat kecergasan itu menghentikan operasi tanpa mempedulikan pelanggan mereka.

Saya masih di bawah kontrak selama setahun di mana jumlah bayaran ditolak melalui akaun bank setiap bulan. Mereka perlu membayar semula kepada saya!”

True5
sumber: astro awani

Sementara itu, pihak pengurusan True Fitness turut mengumumkan bahawa kesemua ahli gimnasium mereka yang masih aktif boleh menebus sesi latihan peribadi di Chi Fitness bermula 3 Julai.

True2
sumber: true fitness
Chi
sumber: chi fitness

Ahli True Fitness di seluruh Malaysia dibenarkan meneruskan sesi senaman di semua cawangan Chi Fitness kecuali di Bangsar, Bangsar South dan the Northern Clubs.

Setiap perniagaan ada pasang surutnya. Diharap isu di antara True Fitness dan pelanggan setianya diselesaikan dengan baik…

Baca: Jakim Lancar Aplikasi Telefon Pintar Untuk Semak Status Halal Produk Makanan

Jakim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.