in

Trend TikTok Dedah Cara Mangsa Ditipu Penjenayah Siber Sebenar!

Apa Itu Vishing Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial memainkan peranan yang penting dalam keseimbangan kehidupan masa kini, tak dinafikan ada pelbagai perkara baik dan buruk dapat diperoleh daripada media sosial ini.

Salah satu contoh adalah aplikasi perkongsian video yang semakin meningkat naik dan mendapat perhatian ramai iaitu TikTok dengan anggaran 1.8 billion juta pengguna yang menggunakan platform tersebut menjelang akhir tahun ini.


Jika dilihat dari sudut positif, pelbagai ilmu yang boleh diperolehi daripada aplikasi berkenaan. Buka sahaja aplikasi tersebut, pastinya pengguna akan ‘disajikan’ dengan pelbagai video menarik yang lalu di ‘For You Page’ atau dikenali sebagai FYP ini.

6125Fd2Ca57C2

Baru-baru ini, ada satu ‘prank’ yang mendapat populariti di platform tersebut yang menunjukkan sama ada pemilik akaun atau rakan mereka menghubungi orang ketiga menggunakan suara mesin penjawab automatik untuk memberitahu mereka bahawa sejumlah besar wang akan didebitkan daripada akaun mereka.

Menurut pakar keselamatan internet di Kaspersky, perkara yang berlaku menggambarkan secara tepat bagaimana penipuan sebenar secara siber yang dikenali sebagai vishing dilakukan.

Vishing yang merupakan singkatan kepada voice phising ini merupakan salah satu cara yang digunakan oleh scammer atas talian bagi meyakinkan mangsa agar menghubungi mereka dan menyerahkan segala maklumat peribadi termasuk perbankan menerusi panggilan telefon.

Pexels Andrea Piacquadio 859265

Menurut Kaspersky lagi, ia merupakan cara yang sebenar bagaimana penjenayah siber melakukan kegiatan mereka.

Untuk rekod, para penganalisis telah mengesan peningkatan kes penerimaan emel berbentuk vishing ini pada Jun iaitu sekitar 100,000. Pakar daripada syarikat penyelesaian dan perkhidmatan keselamatan siber tersebut juga mendedahkan untuk tempoh 3 bulan bermula Mac hingga Jun tahun ini, sekitar 350,000 emel vishing diterima.

Emel tersebut akan meminta mangsa untuk membuat panggilan telefon bagi membatalkan trasaksi yang sedang dijalankan kononnya mangsa ada membuat pembelian secara online.

6179182221266C3A3Eda832E Amazong Vishing Image 2 1024X829 1

Sama seperti skim penipuan siber yang lain, ia akan bermula dari sebuah emel yang mendakwa kononnya mereka telah menerima permintaan daripada mangsa untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar dari akaun mangsa.

Dalam rata-rata kes phising, mangsa akan menerima pautan yang akan terus menjerat mangsa. Lain sedikit dengan vishing yang mana mangsa akan diminta untuk hubungi nombor yang diberikan, kononnya bahagian perkhidmatan pengguna.

Pihak Kaspersky menjelaskan bahawa skim ini lebih banyak dipilih oleh para scammer kerana jika menggunakan laman web, mangsa akan mempunyai banyak masa untuk berfikir tetapi sekiranya menggunakan panggilan telefon, biasanya mangsa akan terganggu dan sukar untuk fokus. Jadi lebih mudah untuk terjerat.

https://www.tiktok.com/@skullwrldxd/video/7100398457013194027?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=prank%20call%20debit%20large%20amount%20of%20money&t=1657857705823

Bila ini berlaku, mangsa akan berasa ditekan dan ini akan menyebabkan mereka lebih mudah untuk bertindak luar jangka dan secara tak langsung memberikan maklumat perbankan yang kemudian akan digunakan untuk mencuri wang mangsa.

Menurut pakar Kaspersky itu lagi, dia sering terjumpa video-video di TikTok yang menunjukkan para pengguna melakukan ‘prank’ kepada rakan-rakan mereka dengan memberitahu kononnya mereka ada membuat pengeluaran sejumlah wang yang besar. Tambahnya lagi, biasanya mangsa panggilan akan terus mempercayai perkara tersebut dan terus bertindak luar jangka.

Baca : Konon Bayaran ‘Proses Penghantaran’, Warga Emas Rugi RM 64 Ribu Gara-gara ‘Parcel Scam’!

Warga Nigeria Parcel Scam Ditahan

Sumber: Kompas
Sumber: Hoxhunt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.