in

“Trauma dia” – [VIDEO] Kucing Tak Tentu Arah Lepas Tengok ‘Kawan’ Dibaham Ular Sawa Depan Mata

Kucing Trauma

Kadang-kadang tu kita dah cuba sedaya upaya untuk lindungi haiwan peliharaan kita, tapi bak kata orang dulu-dulu, malang tak berbau.

Baru-baru ini, satu video telah viral di media sosial menunjukkan seekor ular sawa telah berjaya masuk ke dalam sangkar dan membaham seekor kucing.

Dalam video tersebut, dapat dilihat beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah tiba ke tempat kejadian untuk menangkap ular sawa tersebut.

Kalau korang tengok video dekat bawah ni, korang boleh tengok ada bahagian badan ular tersebut besar menunjukkan yang ianya sedang menghadam seekor kucing yang ditelannya.

Tak tahu macam mana dia boleh masuk sebab sangkar tu kecik je.”

Menurut individu yang memuat naik video ini, seekor kucingnya telah dibaham manakala kucing-kucingnya yang lain dilihat trauma selepas tengok “rakannya” telah dimakan ular sawa.

Seekor kena baham warna hitam putih. Kucing lain semua trauma sebab depan mata dorang.”

Tambah menyedihkan lagi, kucing yang terletak di sangkar berhadapan juga dilihat tak henti-henti melompat dan mengiau. Allahu kesian betul tengok dia memang tak tentu arah…

Selain itu, individu ini juga turut berterima kasih kepada anggota JPAM yang telah membantunya untuk menangkap ular sawa tersebut.

Aduhai, mesti lama kucing-kucing lain tu trauma 🙁

 

Baca: “Goblok” – [VIDEO] Lelaki Hampir Mati Dijerut Ular Sawa Yang Ditangkapnya

Collage 16