in

“Goblok” – [VIDEO] Lelaki Hampir Mati Dijerut Ular Sawa Yang Ditangkapnya

Collage 16

Biasanya kalau kita terjumpa apa-apa haiwan liar atau buas di dalam kawasan rumah, benda pertama yang kita buat mestilah telefon pihak bomba kan? Tapi kalau dekat negara lain min tak pastilah pulak, mesti ada pihak berkuasa yang bertanggungjawab punya kan?

Macam baru-baru ni, tular satu video dipercayai berlaku di negara jiran di mana seorang lelaki hampir maut selepas dijerut ular yang ditangkapnya.

Lelaki yang hanya memakai seluar kuning tanpa baju itu telah meletakkan ular sawa yang ditangkapnya di badan sambil memegang kepala ular tersebut sambil menunjukkan hasil tangkapannya pada jiran-jirannya.

1 menit menghadap sang pencipta ??

1 menit menghadap sang pencipta ??

Posted by Afzal Khan on Saturday, June 18, 2022

Dapat didengari dari suara latar, seorang wanita yang merakam adegan bahaya ini telah menanyakan lelaki tersebut dari mana ular tersebut masuk.

Sambil menerangkan perkara yang terjadi, dapat dilihat ular sawa tersebut semakin melilit leher lelaki berseluar kuning.

Beberapa saat kemudian, dapat dilihat lelaki yang menangkap haiwan tersebut cuba untuk melepaskan lilitan ular di lehernya namun tak berjaya sebelum dia tiba-tiba jatuh tak sedarkan diri.

Jiran-jiran yang ada di sana yang panik melihat keadaan lelaki tersebut telah cuba meleraikan jerutan ular tersebut sebelum lelaki berseluar kuning bangun semula dan ular itu berjaya dileraikan.

Selepas ular tersebut dilepaskan, lelaki tersebut kemudiannya telah cuba memukul kepala ular tersebut namun tak dapat dipastikan nasib sebenar ular itu…

Aduhai, kan dah tak pasal-pasal je. Kalau tak tahu cara nak tangkap baik panggil je orang yang tahu handle. Jangan pandai-pandai sendiri.

 

Baca: Kena Gigit Masa Buang Air Besar, Lelaki Trauma Gigi Ular Sawa Melekat Di Punggung Sampai 2 Minggu

Ft Punggung Kena Gigit Dengan Ular