in

Tragedi Ikan Kurau, 5 Beradik Meninggal Dunia Serta Merta Selepas Makan Telur Ikan

Kubur 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiada sesiapa yang dapat menidakkan takdir yang telah ditentukan Tuhan. Tambah-tambah pula jika urusan itu berkaitan jodoh ataupun ajal maut yang sudah ditentukannya sejak daripada azali lagi.

Baru-baru ini, tular sekeping gambar di media sosial akan sebuah kubur aneh di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang yang dikatakan menyimpan sebuah sejarah dan kisah sedih yang tersendiri. 


23915719 1577280209031170 2604237326027182379 N
sumber: facebook

Menurut mStar, papan tanda yang tertera ayat ‘Kubur lima beradik mangsa telur ikan kurau’ itu menjadi tanda tanya akan kisah sebenarnya selepas ia dilihat mempunyai 10 buah batu nisan. Banyak tu! 

Buat Makmor Kassim, 43, kisah menyayat hati ini masih terpahat kukuh di mindanya meskipun dia masih lagi kecil ketika kejadian tersebut berlaku. Lima daripada adik beradiknya telah meninggal dunia selepas memakan masakan telur ikan kurau pada 1 Disember 1974 lalu. 

Image 4
sumber: sinar harian

Dia yang kini bertugas di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) merupakan adik bongsu kepada lima orang adik beradik yang meninggal dunia itu.

Kejadian ini bermula apabila bapa mereka, Kassim Alauddin dikatakan telah membeli telur ikan kurau yang seterusnya dimasak menjadi lauk asam pedas oleh isterinya, Fatimah Hussein sebagai hidangan tengah hari.

Namun malang menimpa keluarga mereka, adik beradik Makmor, Noraini Kassim, 11, Mohd Syukur, 8, Rohana, 6, Hijrah, 4, dan Norasyikin, 3, telah didapati tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas memakan masakan tersebut di rumah mereka dekat Kampung Kandang, Melaka. 

“Saya tidak berapa ingat sangat kejadian itu kerana baru berusia enam bulan. Tetapi dari apa yang diceritakan ayah dan emak, ia benar-benar mengemparkan masyarakat pada masa itu.

“Kejadian itu sukar untuk kami adik-beradik lain lupakan apatah lagi emak. Dia selalu sebak bila kisah keluarga kami ini disebut kembali.  Mana ada ibu bapa yang tidak sedih apabila hilang lima anak sekali dalam satu masa,” katanya.

Telur 1
sumber: mstar

Tambah Makmor lagi, telur dimakan adik beradik tersebut didakwa beracun. 11 daripada ahli keluarga mereka termasuklah emak saudara yang tinggal berhampiran telah memakan asam pedas telur tersebut. Pun begitu, lima adik beradik Makmor yang meninggal dunia setelah menerima rawatan di hospital. Mesti sedih keluarga ni kan…

Telur 2
sumber: mstar

Namun mujurlah ibu dan bapa Makmor redha dan bertabah dalam menerima dugaan yang menimpa. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan dengan lima orang anak lagi yang lahir sebagai pengubat kesedihan terdahulu.

Mereka ialah Norijah, 42, Norazmah, 40, Mohd Safri, 33,  Norhafizah, 32, dan Murni, 31. Manakala selain daripada lima yang meninggal dunia sebelum itu, ada tiga lagi abang Makmor yang masih hidup kerana tidak ada ketika kejadian berlaku iaitu Zakaria, 55, Rahmat, 54, dan Hamidah, 51.

“Enam orang adik-beradik kami masih menetap di Melaka termasuk saya. Seorang di Negeri Sembilan dan seorang di Singapura.

“Bagaimanapun ayah sudah meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu. Emak pula sudah uzur dan kini sudah berusia 76 tahun,” katanya.

Al-fatihah dan takziah buat mereka yang terkorban. Kagum ketabahan ibu dan bapa anak-anak ini. 

Baca: Sedih… Ibu Ini Hanya Sempat Menyusukan Anak Baru Lahir Beberapa Hari Sebelum Lumpuh

Il3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.