Jika sebelum ini berita berkenaan drive-in cinema yang bakal dilancarkan di Jakarta buat kita sedikit cemburu dengan negara jiran, kini Malaysia pun ada!
Tonton Wayang Daripada Kereta, Jakarta Bakal Lancar ‘Drive-In Cinema’ Jun Ini
Apa itu drive-in cinema?
Rasanya daripada gambar sahaja anda sudah boleh teka, drive-in cinema adalah wayang yang dilakukan di tempat terbuka seperti kawasan tempat letak kereta yang luas.
Para penonton akan melihat skrin wayang dari dalam kereta masing-masing, best kan?
Berita pelancaran drive-in cinema di Malaysia ini diumumkan sendiri oleh akaun rasminya, @mjuction2020.
https://www.instagram.com/p/CCDT2yxlX_s/
Diuruskan oleh TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia, lokasi dan tarikh pelancaran drive-in cinema ini masih belum lagi diumumkan oleh pihak penganjur.
Dalam keadaan Malaysia yang masih berjaga-jaga dengan penularan wabak Covid-19, idea ini dilihat begitu bernas dan sesuai buat mereka kaki wayang. Tak sabarnya!
BACA: Tonton Wayang Daripada Kereta, Jakarta Bakal Lancar ‘Drive-In Cinema’ Jun Ini