in

“Tolong stop tangkap gambar muka hensem saya!” – Lelaki Ugut Sebar Gambar Bogel Bekas Kekasih Ditahan

Page2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kalau melihat berita penjenayah ditangkap dan dibawa ke mahkamah, mereka pasti akan sedaya upaya cuba menutup muka daripada dilihat awam kerana malu diheret polis. Pun begitu, lain pula dengan lelaki ini yang bukan sahaja tidak segan malah bagaikan bangga pula apabila wartawan sedang mengambil gambarnya.

Menurut Berita Harian, seorang lelaki jurujual komponen kereta bernama Wan Hairuzrizal Wan Habib dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di Ampang semalam selepas mengaku bersalah mengugut untuk menyebarkan gambar bogel bekas kekasihnya pada November lalu.


W1 2
sumber: nst

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki berusia 38 tahun itu berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan ke atasnya kerana didakwa menakut-nakutkan bekas teman wanitanya dengan cara mengugut mahu menyebarkan gambar bogel wanita berkenaan.

Wan yang merupakan seorang duda anak dua telah menghubungi bekas teman wanita yang merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak melalui aplikasi Whatsapp di sebuah unit kondominium dekat Bukit Antarabangsa pada jam 6:30 pagi 5 November lalu dan menunjukkan beberapa keping gambar bogel wanita berkenaan.

W3 3
gambar hiasan

Mendesak wanita itu membalas mesej-mesej yang dihantar, Wan mengugut untuk menyebarkan gambar-gambar bogel berkenaan sekiranya wanita itu gagal berbuat demikian. Merasa tertekan, mangsa terus melaporkan hal tersebut kepada pihak polis. Amboi suka-suka je ugut orang! 

Lengkap berpakaian serba hitam berserta tali leher, Wan tidak seperti orang lain yang segan gambar mereka diambil wartawan kerana melakukan jenayah ketika berada di mahkamah.

Tolong stop tangkap gambar muka handsome saya.” 

Eh handsome ke awak?? Perasan! 

Wan didengari meminta pihak wartawan dan jurugambar berhenti menangkap gambar wajahnya yang didakwa ‘kacak’ itu sewaktu dalam perjalanan meninggalkan mahkamah sambil diiringi beberapa anggota polis bertugas.

W2 2
sumber: sinar harian

Dalam rayuannya, Wan memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kelakuan tersebut lagi di masa akan datang.

“Saya sudah insaf dan tidak akan melakukannya lagi.”

“Saya juga penanggung utama keluarga dan menyara dua anak yang masih kecil.”

Kes dibicarakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang bersalah selalunya nak tutup muka sebab malu, tapi dia ni siap mengaku hensem lagi. Apa pendapat korang? Sengaja cari perhatian agaknya ni!

Baca: Lelaki Perdaya Wanita Melalui WeChat, Ugut Sebar Gambar Bogel dan Tipu Lebih RM100,000

Bog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.