in

“Tolong jangan berhutang semata nak beli kain ni” – Chef Minta Jangan Mudah Terpedaya Dengan ‘Kain Lap Kayangan’

Collage 26

Sejak beberapa bulan lepas ni, memang hype betul kain lap magic yang dikatakan boleh membunuh 99% bakteria dengan hanya gunakan air biasa tanpa sabun untuk bersihkan permukaan-permukaan kotor seperti di dapur.

Dia punya hype tu, sampai haritu admin bangun je tahu-tahu kawan-kawan, saudara-mara, jiran tetangga semua dah jadi ejen kain ni.

Kerana keberkesanan kain ni yang banyak ditunjukkan di iklan, Instagram selebriti, influencers dan sebagainya, ramai orang yang berminat dan nak beli kain lap ni. Tapi, harga sehelai kain lap ni mencecah harga kayangan tau, sampaikan ada yang sanggup berhutang semata-mata nak memiliki “kain lap kayangan” ni. Betul ke kain ni dahsyat sampai macam ni?

Pun begitu, seorang chef profesional yang mempunyai pengiktirafan dari HACCP, Kementerian Kesihatan dan Kebersihan UK dan Kursus Pengendalian Makanan di Malaysia telah menyatakan pendapatnya tentang produk famous ini.

Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Chef Deedee ini mengatakan, semasa dia di Amerika Syarikat, semua chef di sana perlu mempunyai pengiktirafan dari HACCP untuk memastikan keselamatan dalam pengendalian makanan.

Screenshot 2020 11 13 At 1.45.01 Pm

Tolong jangan percaya!

Di dalam video yang dikongsikan di Instagram peribadinya, Chef Deedee telah mengajar cara-cara untuk memastikan ruangan dapur bersih dengan hanya melakukan tiga langkah mudah iaitu bersih gunakan sabun, bilas dan sanitasi.

Tak kisahlah hantu mana yang cerita dekat you sesebuah kain boleh hilangkan 99% bakteria, tolong jangan percaya, buat research dan kaji balik apa itu bakteria.”

Kalau korang nak tahu, bakteria hanya boleh dibunuh dengan menggunakan air panas yang menggelegak atau menggunakan bahan-bahan sanitasi.

Jadi, dakwaan yang mengatakan kain celup air boleh menghilangkan 99% bakteria boleh dikatakan mengarut.

Kalau ada doktor sekalipun yang kata lap dengan benda magik ni boleh hilangkan 99% bakteria, tolong jangan percaya sebab tak ada orang boleh kalahkan Sains.”

Jangan bayar instalment atau berhutang dengan orang

Screenshot 2020 11 13 At 1.46.35 Pm

Di dalam videonya yang lain, Chef Deedee turut menerangkan yang dia tak menentang orang-orang yang membeli produk ini, tapi dia menasihati golongan-golongan yang tak berkemampuan untuk tak berhutang semata-mata untuk memiliki “kain ajaib” ini.

Jangan bayar instalment atau berhutang dengan orang. Kalau mampu, belilah, tapi kalau tak mampu tolong jangan susahkan diri.”

Tambahnya lagi, memang betul kain yang mempunyai nano boleh membunuh bakteria, tapi bila dibasuh banyak kali, kimia itu akan hilang.

Bagi yang mampu lap sekali, bagi yang tak mampu lap 3 kali

Dia turut memberitahu, untuk orang yang bergaji RM5,000 ke atas, bolehlah beli kain ni dan lap sekali untuk bersih, tapi untuk orang yang tak mampu, lap tiga kali seperti yang dia ajar di video dekat atas tu.

Screenshot 2020 11 13 At 1.29.56 Pm

Saya tak menentang produk ini cuma saya marah dengan cara pemasaran dorang kerana sepatutnya target mereka adalah untuk golongan berpendapatan tinggi.”

Screenshot 2020 11 13 At 1.38.16 Pm 1

Akhir kata, jangan susahkan diri semata-mata nak ikut trend atau nampak gah, kalau mampu kita pakai kalau tak mampu kita guna je lah towel good morning boleh potong tu lepastu lap cara Chef Deedee.

 

Baca: “Beli RM200 je, jual RM20,000” – Tak Sangka! Mangkuk Yang Biasa Diguna Isi Lauk Rupanya Mahal, Netizen Mula Pamerkan Koleksi

Screenshot 2020 11 13 At 1.50.57 Pm

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram