in

“Tolong beritahu ibu dia…” – Kenyataan Biadab Akaun Didakwa Perisikan Israel Cetus Kemarahan Netizen

Syaz Ft 2026 05 21T120611.006

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan sebuah akaun media sosial yang menggunakan nama agensi perisikan Israel, Mossad Commentary, memuat naik gambar seorang aktivis kemanusiaan asal Malaysia baru-baru ini telah mencetuskan gelombang kemarahan yang amat hebat dalam kalangan netizen tempatan.

Aktivis yang menjadi sasaran provokasi tersebut ialah Haroqs, salah seorang wakil yang menyertai misi bantuan kemanusiaan antarabangsa, Global Sumud Flotilla.


Artikel berkaitan: Lokasi Peserta GSF 2.0 Belum Diketahui Sejak 48 Jam Ditahan Tentera Israel

Artikel berkaitan: Kemunculan Saluran Berita Israel Dalam Bahasa Melayu Cetus Tanda Tanya Ramai

Naratif Sinis Dan Biadab

Menerusi tangkapan skrin yang tular di platform media sosial, akaun tersebut dilihat sengaja memuat naik foto wajah Haroqs yang memakai jaket keselamatan oren, disertai dengan kapsyen berbaur sindiran tajam.

“Ini adalah salah seorang aktivis “Global Sumud Flotilla”. Jika anda mengenali ibunya, tolong beritahu dia yang anaknya okay. Saya pasti si ibu sedang risaukan dia,” tulis ciapan itu.

Naratif yang digunakan itu disifatkan sebagai satu bentuk ugutan psikologi dan provokasi murahan yang sengaja mahu mencemaskan ahli keluarga aktivis terlibat, sekali gus cuba memperlekehkan usaha misi bantuan ke Gaza tersebut.

Netizen Malaysia ‘Serang’ Balik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa berang yang amat sangat terhadap tindakan tidak bertanggungjawab itu. Malah, ada yang menyifatkan taktik propaganda yang digunakan oleh penyokong rejim zionis itu sebagai sangat pengecut.

Cats 19

Meskipun cuba ditekan dengan pelbagai bentuk provokasi digital, netizen tempatan tetap terus memberikan sokongan moral yang padu kepada Haroqs serta seluruh delegasi Global Sumud Flotilla yang sedang berjuang demi misi kemanusiaan.

Setakat ini, hantaran tersebut terus dihujani kecaman hebat, memperlihatkan bahawa cubaan  ugutan seumpama itu sama sekali tidak akan melemahkan solidariti rakyat Malaysia terhadap isu Palestin.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.