in

“Tohmahan ini menghina salasilah dan keturunan…” Sultan Murka Kenyataan Tun Mahathir Hina Kesultanan Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Tohmahan ini menghina salasilah dan keturunan..." Sultan Murka Kenyataan Tun Mahathir Hina Kesultanan Selangor
Loading
/

Sejak akhir-akhir ini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat agak berani dalam melontarkan pendapat dan teguran terhadap kerajaan dah ahli politik.

Terbaru Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan mengenai bangsa Bugis sehingga menimbulkan murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, lapor Malaysian Digest.


Image
sumber: malaysian digest

Kenyataan tersebut dikeluarkan Tun Mahathir ketika Himpunan Sayangi Malaysia – Hapuskan Kleptokrasi pada 14 Oktober lalu yang merujuk tohmahannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sumber: Sinar TV

Sultan Selangor dalam kenyataannya bertitah, perkara yang diperkatakan Tun Mahathir itu jelas-jelas sebagai salah satu cubaan menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Baginda yang juga kesal dengan tindakan Pengerusi Bersatu itu memandang serius akan isu tersebut.

“Kenyataan Tun M itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

“Ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan tersebut amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis hingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari Bugis,” kata Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais.

Berat juga pertuduhan Tun M ni! 

Teguran Sultan
sumber: facebook

Ekoran daripada isu ini, baginda juga mengingatkan kepada semua pihak terutamanya orang politik untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ia boleh menggugat kesejahteraan dan perpaduan di antara rakyat.

Menurut MMO, Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor juga telah memutuskan untuk mengadakan satu siasatan serta mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 dan segala undang-undang yang berkaitan terhadap Tun Mahathir akibat daripada kelancangan kata-katanya.

Tun Mahathir Ppbm Jasin.transformed 0
sumber: ismaweb

Dalam laporan lain, perkara tersebut juga mendapat reaksi Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang mengakui tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu.

Walau bagimanapun, Tun Mahathir dalam satu kenyataannya pada 21 Oktober lalu di Sinar Harian menyebut, gelaran ‘lanun penyangak’ itu hanya ditujukan kepada Datuk Seri Najib dan bukannya keseluruhan masyarakat Bugis.

“Saya tak perlu minta maaf sebab saya tak kata semua Bugis, saya hanya kata kepada seorang sahaja,” katanya.

Dr Mahathir Mohamad Asks Najib To Resign
sumber: tv14

Dalam pada itu, terdapat beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia sebelum ini telah meminta Tun Mahathir untuk membuat permohonan maaf secara terbuka berkaitan isu ini.

Semoga kekusutan antara Tun M dan Sultan Selangor segera selesai. Berilah teladan yang baik kepada rakyat. 

Baca: Tun Mahathir Dicampak Kasut, Dibaling Kerusi Dan Suar Kerana Elak Jawab Soalan di Nothing To Hide 2.0

Suar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.