Baru-baru ini kecoh tentang kejadian khianat oleh individu tak bertanggungjawab dengan menconteng perkataan ‘Kerajaan Gagal’ di beberapa tempat sekitar Taiping, Perak dan telah viral di media sosial.
Terbaru, seorang lelaki yang dipercayai terbabit dengan kes itu telah berjaya ditahan oleh pihak polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, pihak polis telah membuat serbuan di Taman Sungai Mas pada jam 3.45 petang semalam. Hasilnya, seorang lelaki telah berjaya ditahan untuk membantu siasatan.
Sewaktu serbuan dilakukan, lelaki tersebut berada dirumahnya sebelum menunjukkan peralatan yang diguna untuk melakukan perkara tersebut.
“Anggota pemantau Op Covid-19 telah pergi ke rumah lelaki terbabit dan hasil soal siasat, lelaki itu telah menunjukkan peralatan yang digunakan untuk membuat tulisan pada dinding-dinding bangunan terbabit,” katanya menurut Sinar Harian.
Selain daripada ayat ‘Kerajaan Gagal’, beberapa perkataan lucah lain turut digunakan dan diconteng di sekitar kawasan yang mudah untuk dilihat.
Dah jadi satu hal nak kena padamkan balik ayat-ayat yang dia conteng tu. Bawak bertenang yaa semua.
Sumber : Sinar Harian, beritaperak