Polis mengesahkan penemuan nota tulisan tangan ketika tangkapan dan pemeriksaan awal terhadap suspek remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai menikam seorang remaja perempuan di sekolah.
“Ya saya sahkan pihak polis ada temui nota itu, ia dirampas bersama dengan suspek ketika pemeriksaan awal dijalankan dan bukan di dalam tandas tempat kejadian.
“Nota berkenaan kini sedang disiasat oleh pegawai penyiasat,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.
Nota berkenaan, yang turut tular di media sosial, dikatakan mengandungi beberapa tulisan termasuk ayat berbunyi ‘Dunia ini palsu. Saya sudah menang’ (This world is fake. I have already won).
Artikel berkaitan: Kes T*kam Pelajar: “Hati saya remuk. Minta maaf tak cukup” – Bapa Suspek
Artikel berkaitan: Suspek T*kam Pelajar Direman 7 Hari, Bakal Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Shazeli menegaskan pihak polis memandang serius insiden berkenaan dan menyeru semua pihak termasuk pihak sekolah serta komuniti setempat untuk bekerjasama dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan pelajar.
Katanya, siasatan kes dijalankan merangkumi semua aspek termasuk latar belakang suspek dan mangsa.
Setakat ini, polis memaklumkan suspek dipercayai membeli senjata tajam iaitu dua pisau dan sebilah kerambit yang dirampas secara dalam talian.
Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Sumber: Berita Harian