in

“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan” – Zahid Hamidi

Zahid Hamidi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah pun selesai dijalankan dan setelah empat hari Malaysia masih belum mendapat pembentukan kerajaan serta kepimpinan yang baru. Ia susulan tiada mana-mana parti yang mendapat majoriti mudah.



Hari ini MalaysiaKini melaporkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berkata, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menitahkan semua 30 ahli parlimen parti itu mesti mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Azh

Titah itu diberikan kepadanya ketika menghadap YDPA di Istana Negara pagi tadi bersama dua lagi pemimpin tertinggi gabungan berkenaan.

“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan.” katanya.

Semalam, YDPA menitahkan agar semua 30 ahli parlimen BN untuk hadir di Istana Negara pagi ini untuk ditemu bual secara langsung dalam usaha baginda melantik perdana menteri baru Malaysia.

Pun begitu, menurut Ahmad Zahid sesi pagi tadi digantikan dengan pertemuan mereka bertiga saja yang menghadap Agong.

Susulan pertemuan pagi tadi, Ahmad Zahid menyatakan titah tersebut akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan kemudiannya Dewan Tertinggi BN.

Baca: PN Hilang Majoriti Bentuk Kerajaan Lepas 10 Ahli Parlimen BN Tarik balik Sokongan Semalam

Ft Pn Hilang Sokongan Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.