in

Tinjauan: Syarikat Besar Tanggung Kos Lebih RM400 Juta Untuk ‘Meeting’ Tak Penting

Collage 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak kena masuk meeting tapi sebenarnya meeting tu tak ada kepentingan pun untuk korang? Padahal kerja banyak ni nak kena siapkan…


Macam baru-baru ni, satu kajian telah dibuat di Amerika Syarikat dan menemui mesyuarat tak penting telah menyebabkan syarikat-syarikat besar menanggung kos sebanyak US$100,000,000 (RM461,900,000) setahun tau! Fuh banyak boleh cut cost ni sebenarnya.

Menerusi tinjauan yang dibuat ke atas 632 pekerja dari 20 industri, kajian ini turut menemui bahawa satu per tiga dari mesyuarat yang dihadiri oleh pekerja, mereka sebenarnya tak diperlukan pun dalam meeting tu.

Untuk pengetahuan korang, kajian ini telah dijalankan oleh seorang Profesor Sains Organisasi, Psikologi dan Pengurusan dari Universiti North Carolina.

Kajian ini turut menemui, secara puratanya pekerja telah menghabiskan masa 18 jam setiap minggu dalam mesyuarat dan mendapati walaupun pekerja tak mahu hadir ke satu per tiga dari mesyuarat yang diadakan, mereka hanya menolak 14% jemputan sahaja.

Mkn

Ini kerana, kebanyakan pekerja terpaksa hadir ke mesyuarat tak penting ini bagi mematuhi norma organisasi. Mereka juga teragak-agak untuk tidak hadir ke mesyuarat kerana tak mahu kecilkan hati penganjur atau takut dicop sebagai orang yang tak mahu terlibat dalam pekerjaan mereka.

Selain itu, kebanyakan wanita yang mengikuti tinjauan ini juga turut meluahkan bahawa mereka risau ganggu pekerja lain untuk mendapatkan update mesyuarat sekiranya tak hadir

Tak cukup dengan itu, kajian ini turut menemui syarikat telah membazirkan sebanyak US$25,000 (RM115,475) untuk setiap pekerja yang hadir ke mesyuarat yang tak diperlukan ini dan boleh mencecah sehingga US$101,000,000 (RM466,519,000) setahun untuk organisasi yang mempunyai pekerja melebihi 5,000 orang.

Pekerja juga didapati telah menghabiskan 70% masa mereka multitask dalam mesyuarat bila merasakan kehadiran mereka tak diperlukan.

Walaupun kajian ni dibuat di US, min rasa ramai boleh relate ni…

Sumber: Twitter

 

Baca: Kajian: Ramai Anak Muda Jadi Mat Rempit Kerana Pengaruh Rakan Sebaya, Bukan Salah Kerajaan

3 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.