in

Tinjauan: Ini 7 Negara Yang Paling Dibenci Ramai Tahun 2024

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak kira dekat mana-mana pun seseorang tu tinggal, kebanyakan orang mempunyai pandangan tertentu tentang sesuatu negara. Pandangan ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti tindakan kerajaan sesuatu negara, ketenteraan mereka atau kerana budaya dan agama mereka.


Ada beberapa negara yang disukai di seluruh dunia, ada yang boleh diterima dan ada yang tak disukai oleh orang atau dibenci.

Kalau korang nak tahu negara apa yang paling dibenci di dalam dunia menurut laporan dan tinjauan pendapat orang ramai dari seluruh dunia, baca dekat bawah ni.

Tiga negara paling dibenci di dalam dunia (tanpa menurut turutan)

Us China Russia

  • China
  • Rusia
  • Amerika Syarikat

Tiga negara ini merupakan negara yang paling menonjol sebagai negara paling dibenci di dunia adalah China, Rusia dan China. Tiga negara ini juga merupakan tiga negara paling besar dan paling berkuasa di dunia dan mungkin juga penyebab kenapa negara ini tak disukai ramai.

Kebanyakan rakyat dari negara-negara ini biasanya mempunyai pandangan yang teruk terhadap satu sama lain dan kerana ketiga-tiga negara ni suka memasukkan diri mereka dalam urusan ekonomi, politik dan ketenteraan negara-negara kecil menjadi penyebab kenapa mereka dibenci.

4. Arab Saudi

Dc5E3Bc1 0803 4F07 B73C 352F63A99E17.Jpg

Negara yang kaya dengan hasil minyak ini diterajui oleh kerajaan diktator dengan polisi. Selain itu, orang ramai merasakan yang negara Islam ini tidak menghormati hak kemanusiaan serta hak wanita.

Selain itu, Arab Saudi juga sering dituduh sebagai penyebab wujudnya kumpulan pengganas di mana ia merupakan tempat asal beberapa kumpulan militan seperti ISIL, Al-Qaeda dan Taliban.

5. Korea Utara

4D3392Ce5Ad52C0F83811A02Ab8A5A71

Korea Utara tak disukai ramai ekoran cara kerajaan di sana mengawal rakyatnya serta polisi antarabangsa yang agresif. Negara yang dipimpin oleh generasi ketiga diktator Kim Jong-un ini boleh dikatakan mempunyai hak kemanusiaan yang paling teruk di dunia. Namun begitu, fakta ini tak dapat dipastikan ekoran negara ini juga merupakan negara paling perahsia di dunia.

Kesemua media di Korea utara dikawal oleh kerajaan di mana TV dan radio hanya boleh menyiarkan bahan yang diluluskan oleh kerajaan dan peranti mereka juga tak boleh mendapat akses world wide web. 

Selain itu, orang-orang di Korea juga telah ditetapkan pekerjaan mereka oleh kerajaan dan mereka tak boleh memilih posisi atau kerjaya mereka. Pengagihan makanan juga turut dikawal dan kekurangan makanan menjadi masalah untuk rakyat di sana. Walaupun negara ini penuh dengan orang-orang miskin, kerajaan mereka telah menghabiskan dana mereka untuk ketenteraan termasuk program senjata nuklear.

6. Israel

Israel Flag Masada 1024X683 1

Ekoran peperangan genosid yang sedang dijalankan oleh Israel ke atas Palestin, ia telah menjadi “negara” yang dibenci oleh ramai umat Islam di seluruh dunia.

Dengan serangan tanpa henti Israel terhadap rakyat Palestin sekarang ini, jumlah orang yang semakin membenci negara ini telah bertambah lebih-lebih lagi ekoran mereka telah membunuh ramai rakyat Palestin yang tidak bersalah termasuk wanita dan kanak-kanak.

7. Pakistan

2022 08 14T092743Z 1751041711 Rc29Wv922Iot Rtrmadp 3 Pakistan Independenceday 1.Jpg

Terdapat beberapa sebab kenapa Pakistan dianggap sebagai salah satu negara yang paling dibenci. Antaranya adalah ia merupakan salah satu negara yang mempunyai akses kepada senjata nuklear dan merupakan tempat kumpulan militan seperti Taliban dan Al-Qaeda.

Selain itu, pihak berkuasa di Pakistan juga dilihat bebas melakukan pelbagai perkara termasuk menghukum mati seseorang tanpa perbicaraan mahkamah mengikut prosedur yang betul. Tak cukup dengan itu, kerajaan di sana juga melarang kebebasan hak bersuara dan akan menangkap sesiapa yang menentang mereka.

Sumber: World Population Review

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.