in

Tindakan Pantas Orang Ramai dan Staf McDonalds Berjaya Gagalkan Cubaan Samun

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan pantas pelanggan dan pekerja restoran makanan segera berjaya menggagalkan cubaan menyamun oleh seorang pemuda.


Kejadian berlaku di McDonalds Alma, Bukit Mertajam, 10 Februari lalu, lapor Harian Metro.

S1 1
sumber: twitter

Suspek berusia 19 tahun dikatakan baru sehari bekerja di restoran itu dan bertindak membuka tingkap kaunter pandu lalu dari dalam sebelum melarikan laci wang mesin tunai. Menurut laporan, suspek juga dibantu oleh seorang rakannya yang ketika itu menunggu di luar tingkap tersebut.

[sociallocker id=1666]

Cubaan suspek bagaimanapun disedari pekerja lain sebelum dikejar ketika melarikan diri dengan motorsikal. Ketika dalam cubaan melarikan diri, suspek dikatakan terjatuh bersama laci wang itu dan orang ramai bertindak menahannya manakala rakannya pula berjaya melarikan diri.

S2 1
sumber: twitter

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, kes ini bagaimanapun baru menjadi viral sejak semalam dan suspek dilaporkan telah dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin RM3,000.

“Suspek sudah dituduh dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam (16 Februari).” katanya.

[/sociallocker]

Cerita lama baru nak viral rupanya. Muda muda dah ada rekod jenayah. Memalukan je!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.