Keghairahan dalam merakam dan mengambil gambar akan apa-apa insiden yang menarik untuk ditularkan sudah menjadi kebiasaan bagi semua orang. Namun tindakan ini juga mendatangkan keburukan apabila ia melibatkan nyawa seseorang.
Baru-baru ini tular video kanak-kanak lelaki lemas di sebuah taman tema air apabila tiada seorang pun datang membantunya, malah mereka hanya melihat dan lebih sibuk merakam keadaan kanak-kanak tersebut dari jauh.
Situasi ini telah menimbulkan kemarahan netizen yang majoritinya mengecam tindakan pengunjung taman tema tersebut termasuk si perakam video yang tidak sensitif akan keadaan budak itu.
Rakaman yang dimuatnaik laman Facebook EnjoyLifeAtAll yang berdurasi 1 minit 28 saat itu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki kelihatan terapung-apung di atas permukaan air dengan beberapa pengunjung lain berada berhampiran mangsa.
Pengunjung di taman tema air tersebut kelihatan sibuk dengan urusan masing-masing tanpa mengendahkan jasad mangsa yang sudah terapung dan berpusing-pusing oleh kerana tolakan air.
Sungguhpun perakam video dan orang sekeliling kelihatan melihat-lihat mangsa dari jauh, namun tiada seorang pun yang terdetik untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kerana beranggapan kanak-kanak itu mungkin sedang melakukan gaya bebas di dalam air.
Namun mujurlah pada akhir rakaman, seorang wanita berenang ke arah mangsa dan menariknya keluar dari kolam tersebut.
Laman Facebook EnjoyLifeAtAll juga memuatnaik rakaman kedua yang mana ia memaparkan dua orang anggota penyelamat sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Pada ketika ini, orang sekeliling sudah mula menyedari bahawa mangsa bukannya membuat pertunjukan gaya bebas namun dia benar-benar lemas!
Walaupun begitu, tidak diketahui sama ada kanak-kanak tersebut selamat atau tidak. Lokasi kejadian juga tidak dapat dipastikan di mana meskipun terdapat beberapa pengguna Facebook yang mengagak rakaman ini berasal dari Vietnam melalui pertuturan yang kedengaran di dalam rakaman tersebut.
Perkongsian ini jelas-jelas menaikkan amarah netizen yang mengutuk akan tindakan perakam serta pengunjung taman tema di dalam rakaman tersebut yang lebih selesa melihat dan merakam keadaan mangsa dari menyelamatkannya.
Merakam video lebih penting daripada menyelamatkan kanak-kanak? Orang yang merakam video ini bodoh.”
“Daripada merakam video ini, kenapa kamu tidak menolong kanak-kanak itu? Tiada keperimanusiaan langsung! Semoga Tuhan merahmati kanak-kanak malang ini.”
Jangan sibuk dengan telefon saja. Sekali sekala angkat kepala dan lihat keadaan sekeliling. Mungkin situasi begini dapat dihindarkan jikalau orang sekeliling peka dengan apa yang berlaku.
Tonton video di bawah: