in

“Tindakan itu mungkin berjaya” – Bekas Menteri Undang-Undang Saran Faisal Halim Saman Polis

faisal halim saman polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim meluahkan rasa kecewa apabila kes serangan simbah asid pada 5 Mei tahun lalu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Keputusan itu sukar diterima Faisal memandangkan insiden tersebut hampir meragut nyawa dan kariernya.


Bukan sahaja Faisal sendiri, para peminat sukan bola sepak juga rasa terkilan dengan keputusan itu.

Artikel berkaitan: Siasatan Kes Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Diklasifikasikan Sebagai NFA

Artikel berkaitan: Faisal Halim Alami Kecederaan Patah Tulang Hidung, Kongsi Imej X-Ray

495208343 1173953724772731 887554177733588423 n

Faisal boleh saman polis

Sementara itu, bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan tindakan tersebut mengecewakan memandangkan serangan berkenaan berlaku secara terang-terangan di khalayak ramai.

Beliau menyarankan pemain Selangor itu memfailkan saman undang-undang terhadap polis kerana penyelewengan tugas awam.

Menurutnya, Faisal mempunyai pasukan peguam yang kuat dan sepatutnya boleh mengemukakan cadangan yang kukuh tetapi mereka perlu berani dan bersedia untuk meneruskan perkara itu sehingga akhir.

“Bolehkah Faisal saman polis? Tiada undang-undang yang memberikan tanggungjawab mangsa tindakan jenayah ke atas polis, tetapi saman untuk penyelewengan tugas awam patut dicuba.

“Jika Faisal boleh menunjukkan bahawa polis tidak melakukan kerja mereka seperti yang sepatutnya, atau sengaja mengelak daripada membuat tangkapan, maka tindakan undang-undang itu akan berjaya,” katanya.

Datuk Mohd Zaid Ibrahim

Sementara itu, Zaid juga kecewa dengan kekurangan ketelusan dalam proses dan prosedur kerajaan, terutamanya dalam siasatan polis.

“Kita tinggal di negara yang keadilan tidak mudah diperolehi sekiranya pelaku jenayah itu tergolong dalam kelas mafia.

“Jadi, memang sukar tetapi Faisal mesti tabah,” tambahnya.

Difahamkan, walaupun kes ini diklasifikasikan sebagai NFA, polis menyatakan ia bukan bermaksud siasatan telah ditutup.

Status itu hanya menjelaskan penahanan suspek sebelum ini dan beberapa petunjuk lain tidak mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Dalam kes ini, siasatan masih diteruskan cuma setakat ini belum ada perkembangan atau maklumat baharu.

Sumber: Malaysiakini, Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.