in

“Tindakan itu kesalahan jenayah” – Peguam Ulas Isu Anak Angkat Mizz Nina Dibawa Keluar Tanpa Izin

Mizz Nina Anak Angkat Peguam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina akhirnya tampil bersuara menceritakan isu sebenar apa yang berlaku kepada anak angkatnya, Musa.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Mizz Nina mendedahkan anak angkatnya dibawa keluar dari rumahnya tanpa izin dan pengetahuannya sehingga menyebabkan dia tidak dapat berjumpa Musa selama lebih tiga minggu.


Katanya, bekas suami, Noh Salleh juga telah melanggar perjanjian apabila bertindak berkongsi wajah Musa di laman sosial.

Artikel berkaitan: “Musa Diambil Keluar Rumah Tanpa Izin Ketika Saya Berada Di Luar Negara”- Mizz Nina

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina)


Bagi mengelak konflik, Mizz Nina melalui proses mahkamah memohon perintah untuk mendapatkan Musa semula.

Susulan kenyataan yang dikeluarkan, peguam yang dikenali sebagai Aminahtul Mardiah mengatakan tindakan mengambil Musa tanpa kebenaran Mizz Nina yang juga ibu susuan, merupakan satu kesalahan jenayah dan individu itu boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah.

@aminahtulmardiah

Ibu kandung musa, Mizz nina moga dipermudahkan semuanya. Jangan lupa tekan link undi 🙏🏻 #learnontiktok #lawyer #tiktokguru

♬ Islam – Lafina

Menurut peguam yang berkongsi di laman TikTok, tindakan mengambil anak lelaki bawah usia 14 tahun yang diambil daripada penjaga yang sah dan tanpa kebenaran adalah kesalahan culik di bawah seksyen 361 Kanun Keseksaan.

“Dalam kes ini selepas bercerai ada satu surat akuan sumpah yang ditandatangani oleh bekas suami Mizz Nina bagi tujuan menyerahkan Musa kepada Mizz Nina. So penjaga yang sah siapa sekarang? Mizz Nina.

“Apabila surat akuan sumpah telah ditandatangani, saya percaya bekas suami seharusnya menghormati perjanjian yang telah ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah tersebut,” ulasnya.

Kata Aminahtul, apa-apa perkara perlu patuh dengan undang-undang walaupun ia melibatkan perasaan dan emosi.

“Mana-mana ibu bapa mesti akan rindu anak-anak. Tapi cara yang dibuat adalah cara yang salah and Mizz Nina has all the rights to fight for Musa,” katanya.

Terdahulu, Noh tampil membuat permohonan maaf kepada ibu kandung Musa selepas didakwa telah manipulasinya demi kepentingan diri dan mendedahkan wajah Musa.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.