Salah seorang peguam kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, telah mengesahkan bahawa rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular baru-baru ini berkenaan perbualan mangsa dengan ibunya berkenaan ‘Kak M’ adalah rakaman yang sebenar.
Menurut peguam, Hamid Ismail, yang dilantik ibu Zara, Noraidah Lamat, rakaman suara itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Artikel berkaitan: “Kak M cakap takkan maafkan saya” – Peguam Sahkan Rakaman Suara Zara Qairina Yang Tular Adalah Asli
Artikel berkaitan: Ibu Zara Qairina Percaya Kematian Anak Ada Unsur Jenayah – Peguam
Dakwaan Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh, peguam minta henti spekulasi
Dalam pada itu, Hamid juga menasihatkan orang ramai untuk berhenti mencetuskan pelbagai teori dan sebarkan spekulasi tidak berasas berkaitan kematian pelajar berusia 13 tahun itu.
Menurut Berita Harian, ia susulan pelbagai naratif liar yang timbul di media sosial, menurut peguam tersebut, perkara itu bukan sahaja mengganggu proses siasatan tetapi berpotensi juga mencemarkan imej serta maruah mangsa dan keluarga.
Hamid juga menegaskan, semua pihak sepatutnya menumpukan perhatian kepada proses keadilan dan bukannya menambah kekeliruan melalui spekulasi sensasi.
Hentikan buat spekulasi sebegitu,” katanya ringkas ketika diminta mengulas dakwaan terbaru yang mendakwa kononnya Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh sehingga mengalami kecederaan dalaman.

Dakwaan tersebut telah tular sejak beberapa hari lalu, menerusi pelbagai akaun yang tidak dikenali di media sosial termasuklah satu sesi live di TikTok yang membicarakan isu berkenaan.
Antara teori yang timbul adalah dengan mengaitkan kecederaan Zara dengan tekanan mesin basuh, konon digunakan pembunuh untuk menghapuskan cap jari dan DNA.
Walau bagaimanapun, sehingga setakat ini masih tiada pengesahan atau petunjuk daripada pihak berkuasa berkenaan kewujudan elemen yang dikaitkan dalam teori berkenaan.
Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran mengenai adik Zara ini akan terungkap tidak lama lagi.
Sumber: Berita Harian